aktiviti basikal lajak makin menjadi

Sumber foto: my.carousell.com

Disember lepas kita telah di gegarkan dengan berita kanak-kanak lumba basikal lajak melanggar sebuah kenderaan utility sukan (SUV) Kia Sportage.

Rakaman kamera litar tertutp (CCTV) yang menjadi tular itu menunjukkan lima kanak- kanak yang asyik dengan perlumbaan basikal lajak mereka.

Kejadian yang berlaku di Bukit Baru, Melaka, memaparkan aksi perlumbaan di kawasan berselekoh menuruni bukit dan aksi ‘Superman’ yang merbahaya juga ditujukkan di mana boleh membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

Salah seorang kanak- kanak pelumba basikal lajak tersebut tidak dapat mengawal basikalnya lalu melanggar SUV yang pakir di kawasan behampiran.

Kanak- kanak itu terjatuh dan terhantuk kepala di pembahagi jalan pejalan kaki selepas melanggar pintu penumpang depan dan cermin sisi.

Rakan- rakannya datang membantu dan kanak- kanak malang itu bangun dalam keadaan bingung sebelum melarikan diri.

Pekerja kafe Hardy,28 yang bekerja di Pusat Niaga Bukit Baru memberitahu bahawa kawasan itu memang menjadi kawasan perlumbaan basikal lajak.

Kumpulan ini biasanya aktif sebelah petang terutama pada hujung minggu kerana kawasan ini lengang, tak banyak kereta. Ahli kumpulan ini tak ramai sekitar 10 orang saja tapi yang kurang enak ada dalam kalangan mereka menunggang sambil melakukan aksi berbahaya.


Difahamkan kumpulan itu hanya singgah saja di sini, namun tindakan mereka berkumpul berhampiran persimpangan boleh menyebabkan berlaku kemalangan kerana lokasi itu agak terlindung dan pemandu sukar melihat apa yang berada di depan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata ketika dihubungi, kewujudan aktiviti basikal lajak di negeri ini memang diketahui dan dipantau oleh pihaknya.

Hasil pemantauan mendapati kumpulan ini aktif pada waktu malam, namun membabitkan kumpulan kecil saja. Tak kira berlumba atau tidak, kehadiran kumpulan ini terutama di jalan utama membahayakan keselamatan mereka sendiri dan pengguna lain.


Basikal ditunggang itu tidak ada lampu amaran, loceng dan sebagainya, jadi saya amat berharap ibu bapa pantau pergerakan anak masing-masing. Mereka sepatutnya tidak benarkan remaja atau kanak-kanak ini berada di luar rumah selepas waktu tengah malam.

Terkini ditahun 2018 aksi perlumbaan basikal bebahaya ini telah tular di mana aksi tiga orang kanak- kanak menuruni bukit dengan bahaya.

Kejadian berlaku di Telok Bahang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Semoga ibu bapa, penjaga dan pihak berkuasa dapat memantau dan menyekat aktiviti ini daripada berleluasa.

Sumber video: Facebook Penang Kini

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)