Oleh pada 21 Feb 2018 kategori

nabila huda tak faham maksud makcik bawang 1

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

"Makcik bawang tu apa sebenarnya? Saya dah lama dengar tapi tak faham apa tu makcik bawang."

Aktres Nabila Huda meluahkan rasa keliru kerana sehingga kini masih belum faham maksud sebenar gelaran 'Makcik Bawang' yang sering digunakan netizen.

Nabila bertanya kepada para pengikutnya di Twitter, adakah gelaran itu ada kaitan dengan bawang?

"Makcik tu jual bawang? Makcik tu bau bawang? Makcik tu ada kena mengena dengan bawang? Tak faham.

"Makcik bawang ni maksudnya makcik suka bergossip la. Habis tu kalau yang muda tapi mulut macam makcik pun dikategorikan sebagai makcik bawang juga lah kan," tweet Nabila.

nabila huda tak faham maksud makcik bawang

Kredit foto: Mstar

Perkongsian Nabila nyata menghiburkan para peminatnya, di mana sesetengah mereka bermurah hati memberikan definisi tersendiri tentang gelaran itu mengikut kefahaman masing-masing.

Ada yang mengatakan gelaran itu dicipta kerana sekumpulan wanita berusia suka bercerita tentang hal orang lain ketika memotong bawang di kenduri.

"Waktu kenduri kan ada rewang maksudnya sekelompak makcik-makcik duduk mengupas, memotong bawang and selainnya sambil bergosip. Itu yang digelar 'Makcik bawang'.

"Kuat mengumpat ataupun suka mengata orang - Diilhamkan dari kegiatan makcik-makcik merewang potong bawang sambil mengumpat.

"Makcik-makcik yang tengah potong bawang semasa rewang sambil mengumpat," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang individu secara berseloroh mengatakan Nabila tidak layak dipanggil dengan gelaran itu, sebaliknya kisah hidup beliau akan terus menjadi modal kepada makcik-makcik bawang di luar sana.

"Jangan risau, awak tak akan tergolong dalam makcik bawang. Tapi kisah awak akan sentiasa jadi topik utama makcik bawang," kata Hazzar Razzak.

nabila huda tak faham maksud makcik bawang 2

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

Terdahulu, netizen menggelarkan watak yang dibawa Nabila ketika persembahan lagu Amboi nyanyian Altimet pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke 32 sebagai makcik bawang.

Sumber berita: Mstar


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)