Oleh pada 25 Apr 2017 kategori

Plastik merupakan bahan pencemaran utama dunia. Ianya sukar dilupuskan dan mengambil masa beratus tahun untuk lupus.

Pembuangan plastik kedalam laut terutamanya banyak membunuh hidupan laut yang telah memakan plastik kerana beranggapan ianya makanan.

Bagi mengurangkan pencemaran plastik ini, beberapa negara telah mengetatkan undang-undang penggunaan plastik. Sebagai contoh, di Kanada setiap plastik yang diberi akan dicaj kepada pelanggan. Ianya dilakukan bagi menggalakkan orang ramai membawa beg sendiri. Di Malaysia pula, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah yang sama walaupun dikecam sesetengah pihak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selain itu, terdapat juga syarikat yang mula menjual plastik biodegradable yang lebih mudah diurai.

Ulat Beluncas Pemakan Plastik

Sekumpulan penyelidik dari Cambridge University mungkin telah menemukan penyelesaian untuk masalah pencemaran plastik ini. Ulat beluncas yang merupakan sejenis parasit yang hidup di sarang lebah juga didapati mempunyai kebolehan memakan plastik.

Lihat gambar di bawah ini dimana beberapa lubang yang terhasil pada plastik setelah dimakan ulat beluncas.

Dalam satu kajian yang dilakukan, seratus ekor ulat ini telah diletakkan di atas plastik selama 12 jam. Setelah 12 jam dan ditimbang, terdapat pengurangan sebanyak 92mg pada beg plastik tersebut.

Penemuan ini merupakan permulaan yang baik buat para saintis. Mereka kini sedang melakukan kajian untuk memahami mekanisma disebalik proses ini dan menemukan bahan kimia yang terdapat pada ulat beluncas ini yang menjadi formula utama kebolehan mereka mengurai plastik.

caterpillar




Hakcipta iluminasi.com (2017)