Oleh pada 02 Aug 2018 kategori

Zlatan Ibrahimovic, siapa yang tak kenal dengan nama ini. Beliau merupakan antara pemain yang paling berjaya dan berkarisma dalam dunia bola sepak.

Selain mempunyai tubuh yang tinggi lampai, skil-skil yang menarik serta gol yang mampu membuatkan anda ternganga, banyak lagi perkara yang dimiliki oleh beliau.

Zlatan mempunyai personaliti yang lucu membuatkan anda tak kering gusi serta seorang yang berperwatakan tegas sama ada di dalam atau di luar padang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tak semua orang bersetuju dengannya. Zlatan Ibrahimovic kerap didakwa sebagai seorang pemain bola sepak yang sangat sombong dan berlagak.

sebab kenapa zlatan ibrahimovic sangat angkuh

Ini berdasarkan kenyataan yang dibuat olehnya sendiri yang membuatkan orang ramai membuat spekulasi sedemikian. Terlalu banyak kenyataan angkuh dan sombong dibuat, di antaranya termasuklah:

  • "Saya tak boleh tahan ketawa memikirkan betapa sempurnanya saya"
  • "Apabila anda membeli saya, anda membeli sebuah kereta Ferrari"
  • "Saya tak perlukan Ballon d'Or untuk mengetahui saya adalah yang terbaik. Hanya Tuhan sahaja yang tahu dan anda sedang bercakap dengannya"
  • "Saya mengagumi Eric Cantona dan saya dengar apa yang dia kata. Tapi saya tak akan menjadi Raja Manchester, saya akan menjadi Tuhan Manchester"
  • "Apa yang pasti adalah Piala Dunia tanpa saya tak akan membawa apa-apa makna jadi adalah tak berbaloi untuk menunggu kejohanan itu"

Bukan itu sahaja, beliau juga kerap merendah-rendahkan pemain lain dan membandingkan dirinya dengan orang lain. Kenyataan dan sikapnya menjengkelkan ramai orang.

Namun, ramai yang tak tahu terdapat kisah di sebalik kesombongan Zlatan Ibrahimovic. Sifat megah bintang Sweden ini adalah sebenarnya satu bentuk mekanisma pertahanan untuk dirinya.

Dilahirkan dalam keluarga migran

zlatan ibrahimovic ketika kecil

Zlatan membesar di kawasan kejiranan migran di Sweden yang dikenali sebagai "The Ghetto". Bapanya adalah warga Bosnia beragama Islam yang berhijrah ke Sweden pada tahun 1977 dan bertemu ibunya, juga merupakan migran dari Croatia.

Beliau membesar dengan gembira dan adalah menjadi perkara biasa bagi Zlatan untuk menonjolkan diri, bakat dan keyakinannya di kawasan kejiranan tersebut.

Ia adalah sangat perlu dan penting untuk dihormati. Jadi, Zlatan mengamalkan sikap ini ketika kemunculan profesional pertamanya bersama kelab Malmo FF ketika berusia 18 tahun.

zlatan ibrahimovic ketika remaja

Bakatnya yang terlalu besar itu telah mendapat liputan media Sweden, namun sikapnya tidak disenangi membuatkan orang ramai membenci personalitinya.

Maka, pihak media menghentam Zlatan Ibrahimovic walaupun beliau ketika itu hanyalah seorang pemain muda yang cuba untuk membuktikan bakatnya.

Menjadi mangsa perkauman

zlatan ibrahimovic ketika remaja 2

Malah, Zlatan juga menjadi mangsa perkauman di Sweden. Beliau pernah memberitahu bahawa dirinya dirasakan seperti kambing biri-biri hitam, dan dilayan dengan buruk.

Beliau telah "dihancurkan" oleh sikap perkauman ini pada usia yang masih muda. Dan malangnya, Zlatan berasakan sikap perkauman ini terus sehingga hari ini.

"Apabila ia berkaitan saya, mereka (media) tidak mempertahankan saya. Ini berkenaan dengan perkauman kerana saya bukan Andersson atau Svensson,"jelas Zlatan.

Beliau menderita dengan begitu teruk sehingga ia memberikan impak kepada karekter yang anda lihat pada hari ini. Namun, mimpi ngeri ini membuatkan Zlatan Ibrahimovic menjadi lebih kuat dan bersemangat.

Beliau bersikap sombong dan angkuh pada hari ini untuk membuatkan para pembencinya tidak senang duduk serta untuk mempertahankan dirinya daripada kritikan yang tidak adil yang diharunginya sejak usia muda.

zlatan ibrahimovic menjadi mangsa perkauman 182

"Mereka boleh tulis perkara buruk mengenai saya, saya tak kisah. Ia membuatkan saya semakin kuat," jelas Zlatan.

Jadi, jika anda mendengar Zlatan Ibrahimovic mengeluarkan kata-kata yang angkuh selepas ini, ingatlah bahawa dia adalah seorang yang menderita akibat sikap perkauman dan diskriminasi, serta hanya cuba untuk mempertahankan dirinya dengan cara tersendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)