Oleh pada 26 Mar 2017 kategori

Seorang pelancong telah tersesat di Hutan Hujan Amazon selama 9 hari telah mendakwa sekumpulan monyet telah menyelamatkan dirinya. Monyet ini telah bertindak dengan memberi buah-buahan yang dijatuhkan untuk di makan Maykool Coroseo Acuña, 25 tahun daripada Chile dan telah membawa Maykool ke tempat yang boleh berlindung dan ke sumber air.

Maykool yang telah hilang di Hutan Hujan Amazon di sebelah Bolivia semasa dalam percutian telah tersesat ketika dia mendakwa berjalan-jalan di sekitar tempat dia berkhemah iaitu di Madidi National Park berdekatan dengan Sungai Tuichi.

monyet yang mungkin membantu maykool

Menurut laporan daripada National Geographic, pemuda itu berperangai pelik beberapa jam sebelum dia hilang. Renjer hutan juga telah mencari Maykool selama beberapa hari namun gagal menemui pemuda itu. Bomoh juga turut dipanggil untuk mencari Maykool.

operasi menyelamat maykool

Setelah 6 hari mencari Maykool, salah seorang renjer hutan telah menemui stoking Maykool yang digunakan oleh bomoh untuk mencari pemuda itu.

maykool diselamatkan

Pada hari ke-9, Maykool telah dijumpai oleh renjer hutan setelah dia menjerit dari tebing sungai, tidak jauh daripada tempat Maykool berkhemah.

Sumber




Hakcipta iluminasi.com (2017)