Power Rangers adalah rancangan TV Amerika yang adaptasi daripada siri adiwira Jepun, Super Sentai. Apabila Mighty Morphin Power Rangers mula ditayangkan pada tahun 1993, Ia mendapat sambutan hangat oleh peminat kecil di seluruh dunia.

Walaupun Power Rangers hebat bertarung dan dikenali sebagai pelindung Bumi tetapi itu bukanlah sebenarnya yang berlaku kepada para pelakonnya. Dalam misteri yang digelar sebagai "Sumpahan Power Rangers ini", seramai 14 orang yang terlibat dengan rancangan ini telah mengalami pelbagai perkara malang tidak lama selepas melakonkan siri kegemaran ramai itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah beberapa "sumpahan" yang menimpa pelakon kegemaran anda suatu masa dahulu.

1. Pua Magasiva meninggal dunia secara mengejut

pua magasiva power rangers

Pada 13 Mei 2019, pelakon watak Red Wind Ranger dalam siri Power Rangers Ninja Storm (2003) telah ditemui mati di rumahnya oleh pihak polis. Punca kematian pelakon bernama Pua Magasiva itu tidak dapat dipastikan.

Menurut Jason Chan, seorang lagi pelakon Power Rangers bersama Magasiva berkata, semua rakan-rakan mereka terkejut dengan pemergian Magasiva kerana dia sentiasa kelihatan sihat. Pua Magasiva meninggal dunia pada usia 38 tahun. (sumber)

2. Thuy Trang terbunuh dalam kemalangan ngeri

thuy trang ranger kuning

Lama sebelum dia menjadi Trini Kwan (Ranger Kuning) dalam Mighty Morfin Power Rangers, kehidupan sebenar pelakon Thuy Trang adalah lebih dahsyat berbanding lakonan. Ketika kecil, dia dan ahli keluarganya telah melarikan diri dari Vietnam dan selamat tiba di Hong Kong.

Semasa dalam pelayarannya, Trang sakit teruk dan pelarian lain mencadangkan agar ibunya membuang Trang ke dalam laut. Namun, Trang selamat dan akhirnya keluarganya berjaya sampai ke Amerika. Trang menunjukkan minat dalam lakonan dan disebabkan dia mahir seni mempertahankan diri, dia dipilih menjadi Ranger Kuning dan berlakon dalam 80 episod musim pertama dan kedua.

Malangnya, kerjaya Trang terhenti pada usia 27 tahun. Dia adalah mangsa pertama "kutukan Power Rangers". Pada tahun 2001, Trang dan rakan-rakannya terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di kawasan pergunungan. (sumber)

3. Erik Ray Frank meninggal akibat penyakit misteri

jason david frank

Jason David Frank

Apabila Power Rangers Zeo mencari pelakon untuk memainkan watak abang kepada Tommy Oliver (Ranger Hijau/Putih yang dimainkan oleh Jason David Frank), mereka telah memilih abang kandung Jason iaitu Erik Ray Frank. Malangnya, ia adalah lakonan terakhir Erik.

erik ray frank

Erik Ray Frank

Sementara watak Ranger Hijau/Putih menjadi kegemaran ramai, watak David Trueheart (lakonan Erik) terpaksa dipendekkan apabila dia meninggal dunia pada usia 29 tahun. Tiada siapa tahu punca kematian Erik, menyebabkan teori sumpahan Power Rangers ini semakin hangat diperkatakan.

4. Ricardo Medina Jr. menikam rakan sebilik sehingga mati

ricardo medina jr

Pelakon ini mendapat peluang besar melakonkan watak Ranger Merah dalam Power Rangers Wild Force (2002) dan watak Decker dalam Power Rangers Samurai (2011). Beberapa tahun selepas itu, dia dituduh membunuh rakan sebiliknya dengan sebuah pedang.

Menurut kisah, Medina berkelahi dengan rakan sebiliknya berkaitan teman wanita Medina. Teman sebiliknya dikatakan memecahkan pintu bilik dan Medina terpaksa mempertahankan dirinya dengan sebilah pedang samurai. Bintang itu kemudian ditangkap dan didakwa melakukan pembunuhan. Dia kemudiannya dipenjarakan selama enam tahun. (sumber)

5. Peta Rutter meninggal akibat tumor otak

peta rutter udonna

Peta Rutter adalah pelakon New Zealand yang membintangi Power Rangers Mystic Force (2006) sebagai White Mystic Ranger Udonna. Rutter adalah pelakon paling tua yang pernah melakonkan watak seorang Ranger.

Pada tahun 2010, Rutter telah meninggal dunia akibat tumor otak, menjadikannya pelakon Power Rangers kedua yang meninggal dunia selepas Thuy Trang (Ranger Kuning Mighty Morphin Power Rangers) yang meninggal akibat kemalangan kereta pada 2001.

6. Richard Genelle meninggal dunia akibat serangan jantung

richard genelle ernie

Dalam siri Mighty Morphin Power Rangers (1993-1997), semua Ranger akan menghabiskan masa di Pusat Belia Angel Grove apabila mereka tidak bertarung. Pemilik pusat belia itu, Ernie (dimainkan oleh Richard Genelle) sering membantu masalah Power Rangers dengan menawarkan nasihat kepada mereka.

Selepas empat tahun berada di Pusat Belia Anger Grove, watak Ernie dikatakan berpindah ke Amerika Selatan untuk menjadi sukarelawan bantuan kecemasan di sana. Pada hakikatnya, pelakon Richard Genelle mengalami masalah kesihatan.

Genelle pernah berhenti merokok dan berusaha untuk melawan obesitinya. Malangnya, Genelle meninggal dunia pada 2008 ketika berusia 47 tahun akibat serangan jantung. (sumber)

7. Machiko Soga meninggal akibat kanser pankreas

machiko soga rita repulsa

Nampaknya, sumpahan Power Rangers ini tidak hanya terhad kepada watak adiwiranya sahaja tetapi juga pada watak antagonis Rita Repulsa (yang dimainkan oleh Machiko Soga). Soga pada mulanya melakonkan watak antagonis dalam siri rancangan TV Super Sentai (yang menjadi inspirasi Power Rangers).

Dia kemudian menjadi Rita Repulsa apabila Power Rangers versi Amerika menggunakan babaknya dalam Super Sentai. Pada tahun 2005, Soga mendedahkan bahawa dia sedang bergelut dengan kanser pankreas selama dua tahun. Dia akhirnya meninggal dunia setahun kemudian pada usia 68 tahun. (sumber)

8. Watak Zordon meninggal akibat serangan jantung

zordon power rangers

Walaupun watak Zordon adalah pencipta Power Rangers tetapi dia juga tidak kebal sumpahan siri itu. Bermula dari siri pertama pada 1993 sehingga 1998, Robert L. Manahan adalah individu yang menjadi juru suara bagi watak Zordon.

Manahan juga adalah seorang juru suara yang terkenal pada era 1990-an. Dua tahun setelah meninggalkan siri Power Rangers, Manahan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berusia 43 tahun.

Banyak lagi sebenarnya watak sampingan dan tambahan dalam siri Power Rangers yang meninggal dunia, membunuh diri atau terlibat dalam jenayah berat. Adakah anda percaya tentang Sumpahan Power Rangers yang diperkatakan ramai ini?




Hakcipta iluminasi.com (2017)