michael ang berdepan detik hitam di rome

Kredit foto: BH Online

Sutradara Michael Ang akur dengan detik hitam yang terjadi sewaktu rakaman penggambaran drama bersiri khas arahannya berjudul Tiamor Sweetheart 100 Hari yang berlangsung di Rome, Itali, dua minggu lalu.

Gara-gara lalai, kenderaan yang digunakan pihak produksi telah dipecah masuk.

Difahamkan, peristiwa itu berlaku ketika hari keempat penggambaran.

“Ketika itu penggambaran dilakukan pada waktu malam di kawasan perumahan. Pengurus produksi meninggalkan barangan di dalam kereta dan ia menarik perhatian pencuri untuk pecah masuk.

“Antara yang ditinggalkan dalam kereta adalah wang tunai 500 euro (RM2,390) dan RM1000. Segala dokumen tuntutan juga hilang,” ujarnya.

Michael berkata, pengurus produksi terkejut apabila mendapati cermin kereta pecah dan semua wang tunai serta dokumen tuntutan hilang.

“Ia berpunca daripada kecuaian. Pengurus produksi mungkin menganggap tidak mengapa meninggalkan kereta seketika tanpa memikirkan implikasi yang bakal berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah prolifik ini akui sedia maklum akan kadar jenayah rompakan yang tinggi di Itali, terutamanya di kawasan bandar yang juga merupakan tumpuan pelancong seperti Rome.

“Tidak sangka pula, kejadian yang kita selalu nampak dan dengar itu menimpa kami,” katanya.

Michael masih mampu bersyukur mengenangkan dokumen kebenaran menjalankan penggambaran dan pita rakaman drama yang tidak ditinggalkan di dalam kereta.

“Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan kejadian kereta dipecah masuk sewaktu menjalankan penggambaran di negara asing,” katanya. 

Sementara itu, memadangkan kereta itu disewa, Michael bertanggungjawab sepenuhnya menanggung kos kerugian cermin yang pecah.

“Syukur, sekurang-kurangnya kejadian ini tidak mengancam nyawa pekerja produksi dan barisan pelakon,” katanya.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai pengajaran sangat besar buatnya dan semua kru produksi termasuk para pelakon agar lebih berwaspada sewaktu bekerja di negara orang.

“Kawasan yang menjadi tumpuan pelancong tidak semestinya selemat. Apa yang berlaku pada produksi Tiamor Sweetheart 100 Hari benar-benar menjadi pengajaran buat kami,” katanya.

Menemui penonton pada Aidilfitri ini, Tiamor Sweetheart 100 Hari dibintangi Neelofa, Zul Ariffin, Scha Al-Yahya dan Elvina Mohammad.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)