Kredit foto: Instagram Janna Nick

Aktres terkenal, Janna Nick, menyuarakan rasa terkilan dengan tindakan biadab seorang pekerja lelaki di sebuah butik berjenama di ibu negara.

“Saya bukan minta layanan istimewa, cukup kalau hormat privasi saya sebagai wanita dan pelanggan,” luahnya.

Kata Janna, dia merasakan tindakan pekerja itu telah mengganggu privasinya sewaktu berada di bilik persalinan.

Janna membuat kenyataan tersebut menerusi Instagram Stories, Isnin lalu.

Tambah beliau, cara dan sikap pekerja berkenaan mengganggunya seolah-olah mereka berada dalam tandas.

“Saya tiada masalah kalau mereka ingin bertegur sapa tetapi bukan dengan cara terjerit-jerit.

“Apa yang mereka jeritkan 'kak Janna, kak Janna, lamanya Kak Janna Nick tukar baju' bagi saya tidak sopan," katanya menurut laporan portal Harian Metro.

Malah dia juga tidak kisah sekiranya kehadirannya di premis itu disedari umum, namun berasa pelik apabila diperlakukan sedemikian rupa.

“Ada banyak cara lain boleh dilakukan. Saya bukan inginkan layanan istimewa sebaliknya cukup sekadar menghormati privasi sebagai wanita dan pelanggan.

"Pembantu peribadi saya ada bertanya pengurus dan pekerja lain di situ untuk bertemu pekerja terbabit tetapi mereka mengelak.

“Pengurus bertugas meminta maaf bagi pihak pekerjanya," katanya.

Janna kini sedang meletup dengan drama rantaian My Coffee Prince yang turut dibintangi Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Diana Danielle dan ramai lagi.

Sumber berita: Harian Metro 




Hakcipta iluminasi.com (2017)