Kredit foto: Instagram Janna Nick & Instagram Hael Husaini

Bakal melancarkan single tidak lama lagi, aktres dan penyanyi Janna Nick tidak sabar menantikan reaksi peminat.

Malah, dia akan tampil dengan dua single sekaligus iaitu secara solo dan duet bersama aktor Alvin Chong.

"Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus," dedahnya memetik laporan portal Astro Gempak.

Janna membuat kenyataan tersebut di majlis perasmian dan memperkenalkan duta produk Cassandra Beauty Dust yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Janna berkata, lagu yang bakal dilancarkan bulan hadapan itu akan menjadi lagu tema untuk drama bersiri Coffee Prince.

"Kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.

"Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini," luahnya.

Tambah aktres berusia 22 tahun ini, lagu tersebut adalah ciptaan komposer yang semakin meningkat naik, Hael Husaini.

"Cumanya buat masa sekarang judul untuk lagu tersebut belum ada lagi dan lagu solo kedua saya itu mendapat sentuhan daripada penyanyi Hael Husaini.," katanya.

Menyentuh mengenai pemilihannya sebagai duta Cassandra Beauty Dust, Janna bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pihak berkenaan.

Malah dia akui kagum dengan tahap keberkesanan produk itu selepas mencubanya sendiri.

"Saya tidak akan sesekali menerima tawaran menjadi duta jika produk itu tidak bagus dan saya mengakui produk ini amat berkesan selepas menggunakannya," ujarnya.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)