Kredit foto: ering.com.my

Pelakon Janna Nick kehilangan 3 juta pengikut di laman Instagramnya selepas akaun peribadi itu digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, petang semalam.

Janna berkata, akaun itu bukan sahaja tidak boleh diakses masuk, malah kesemua foto yang dimuat naik sebelum ini termasuk profil yang diikutinya hilang!

"Akaun Instagram saya tidak dapat diakses pada petang semalam (Khamis) dan dipercayai digodam.

"Sedih apabila gambar-gambar yang ada hilang kerana di situ laman saya berkongsi banyak perkara dengan peminat.

"Sekarang ini, saya dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut," katanya menurut laporan Mstar Online.

Sementara itu, hanya tinggal empat keping foto yang dipaparkan dalam akaunnya dengan kapsyen seolah mengejek selebriti ini.

akaun janna nick digodam hilang 3 juta 2

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Menerusi ruangan komen, netizen menggesa agar penggodam berkenaan memulangkan semula akaun itu kepada Janna.

"Ya godam Instagram orang! Dahlah Janna ramai pengikut. Kasihan Janna, pulangkan balik akaun Instagram dia!," tulis @hansrahyun_terrel.

"Tolong pulangkan semula Instagram Janna ini, kasihan dekat dia," rayu @Shumi1990.

Dalam perkembangan lain, Janna baru sahaja melancarkan muzik video lagu terbaharunya, Akan Bercinta di laman Youtube.

"Banyak sangat yang istimewa tentang Akan Bercinta ini, kena tonton dan lihat sendiri keunikan lagu dan keindahan muzik video tersebut.

"Memandangkan Instagram saya sudah digodam, nampaknya saya tak boleh nak kongsi bersama pengikut di laman tersebut," ujarnya.

Muzik video lagu ciptaan Aepul Roza itu boleh ditonton di saluran YouTube Janna Nick.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)