Apapun alasannya, beberapa permainan video telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Sama ada ia mempromosikan keganasan atau menyentuh topik kontroversi, anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut mengenai negara-negara yang mengharamkan permainan video.

negara yang haramkan permainan video 984

Berikut adalah beberapa negara yang pernah mengharamkan sebilangan permainan video yang dianggap tidak sesuai.

1. Venezuela

venezula ban permainan video tembak

Venezuela telah menubuhkan larangan sepenuhnya pada tahun 2009 untuk membangun, mengedar, menjual atau memaparkan permainan video di mana matlamatnya adalah menembak ke arah manusia. Larangan itu dikenakan kerana keganasan yang semakin berleluasa berlaku di negara itu.

2. Brazil

mortal kombat

Mortal Kombat 11

Sebab utama mengapa sesetengah permainan video diharamkan di Brazil adalah kerana keganasan yang berlebihan. Itulah sebabnya permainan seperti Mortal Kombat, Doom, Camageddon dan Bully telah diharamkan di negara ini.

Counter-Strike pula telah disekat untuk sementara waktu disebabkan kandungannya yang melanggar ketenteraman sosial atau mengancam hak demokratik, negara dan keselamatan awam.

3. China

igi 2 covert strike

Sesetengah permainan video yang mengandungi keganasan akan ditapis dan itu bermakna isi kandungannya akan kelihatan berbeza daripada asal. Sebagai contoh watak-watak yang kurang mengerikan dalam versi Diablo 3 yang ditapis.

Permainan video yang diharamkan sepenuhnya di China termasuk Battlefield 4, Command & Conquer Generals, I.G.I. 2: Strike Covert, dan Heart of Iron. Sebahagian daripada permainan ini telah mengguris maruah dan kepentingan negara China (I.G.I. 2: Strike Covert). Permainan Heart of Iron pula menggambarkan Tibet sebagai sebuah negara merdeka.

4. Jepun

fallout 3

Di Jepun, permainan video amat jarang diharamkan kecuali yang mengandungi kandungan kontroversial. Sebagai contoh, nama senjata dalam Fallout 3 telah ditukar daripada Fat Man kepada Nuka Launcher.

Ini kerana Fat Man adalah nama bom atom yang dijatuhkan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Selain itu, permainan seperti Call of Duty: Black Ops, Bulletstorm, Gears of War 3, Dead Island, Resident Evil 4 dan Metal Gear Rising: Revengeance juga ditapis kerana mempunyai tahap keganasan yang tinggi.

5. Korea Selatan

homefront

Sejak 2006, Korea Selatan telah memberikan kebabasan dan kelonggaran kepada permainan video dijual di negara itu. Walaupun demikian, Mortal Kombat, Manhunt dan Manhunt 2 dilarang kerana tahap keganasannya yang tinggi.

Permainan video Homefront pula disekat untuk mengelakkan masalah dengan Korea Utara kerana permainan itu menunjukkan adegan menakluk Korea Selatan. Sekatan sementara telah dikenakan kepada Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City, and Mercenaries: Playground of Destruction bagi membendung ketagihan di kalangan penduduknya.

6. Australia

getting up contents under pressure

Permainan video yang mempromosikan keganasan, kandungan seksual, lucah, atau dadah tidak dialu-alukan di Australia. Selain itu, permainan video yang mempromosikan lukisan grafiti juga tidak dibenarkan kerana negara itu mengharamkan sebarang lukisan grafiti. Terdapat senarai panjang permainan yang telah diharamkan sepenuhnya atau sebahagian kandungan telah diubah.

Antara permainan yang diharamkan ialah Risen, Saints Row IV, Postal, South Park: The Stick of Truth, The Witcher 2, Syndicate, NecroVisioN, Reservoir Dogs, Silent Hill: Homecoming, Dark Sector, Hotline Miami 2: Wrong Number, Leisure Suit Larry: Magna Cum Laude, Manhunt, dan Getting Up: Contents Under Pressure.

7. New Zealand

postal 2

Umumnya, permainan video tidak ditapis atau diharamkan di New Zealand. Walau bagaimanapun, permainan yang mendedahkan keganasan, kekejaman pada haiwan, atau mengandungi kandungan seksual berkemungkinan besar akan diharamkan. Itulah sebabnya permainan video seperti Manhunt, Postal 2 dan Three Sisters’ Story telah diharamkan di New Zealand.

8. Malaysia

dantes inferno

Dante's Inferno

Menurut undang-undang di Malaysia, mana-mana permainan yang mengandungi keganasan, bestialiti, seksual dan anti-Islam boleh diharamkan oleh pihak kerajaan. Salah satu permainan video tersebut ialah Dante's Inferno yang telah diharamkan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) pada 2010 kerana mengandungi gambaran neraka dan kandungannya yang bertentangan dengan hukum Syariah.

Beberapa lagi permainan video yang pernah diharamkan di Malaysia adalah seperti Postal 2 yang mengandungi unsur keganasan dan Fight of Gods, di mana watak-watak dalam permainan itu diambil sempena tuhan-tuhan agama duniawi dan samawi.

9. Singapura

mass effect

Permainan yang mengandungi kandungan seksual atau keganasan dianggap tidak wajar kepada penonton Singapura. Salah satu permainan video paling terkenal yang diharamkan di negara ini adalah siri Mass Effect yang mempromosikan homoseksual. Permainan video lain yang diharamkan sementara waktu adalah Half-Life dan Darkness.

10. Jerman

wolfenstein

Di Jerman, undang-undang yang ketat dikenakan ke atas permainan video yang mempromosikan ideologi Nazi dan keganasan. Antara permainan video yang dilarang adalah Manhunt, Gear of War, Wolfenstein 3D dan Carmageddon.

Sesetengah lagi permainan video telah ditapis dan disemak semula supaya mempunyai kurang keganasan dan darah seperti Counter-Strike, Grand Theft Auto dan South Park The Stick of Truth.

11. Arab Saudi

la noire

Salah satu sebab utama mengapa Arab Saudi mengharamkan sesetengah permainan video di negara itu adalah kerana adegan bogel dan seks yang ada. Jadi para menggemar permainan video di negara itu tidak mempunyai akses kepada permainan seperti Heavy Rain, L.A. Noire, God of War, and Grand Theft Auto.

Kerana mempromosikan keganasan, jualan Red Dead Redemption juga telah diharamkan. Arab Saudi juga mengharamkan permainan video yang menggambarkan keganasan terhadap orang Islam seperti Call of Duty 4: Modern Warfare dan Assassin’s Creed.

12. Emiriah Arab Bersatu

cod 4

Di Emiriah Arab Bersatu, permainan video itu akan diharamkan sekiranya mempromosi adengan lucah, seksual, homoseksual dan keganasan. Menurut pihak berkuasa, gambaran negatif terhadap orang Islam atau perjudian adalah isu besar. 

Permainan video yang diharamkan di negara ini adalah Heavy Rain, Red Dead Redemption, Mass Effect, Dead Island, God of War, GTA, Dragon Age, Dead Rising 2, Mafia 2, The Godfather 2, Darksiders, dan Call of Duty 4: Modern Warfare

13. Iran

battlefield 3

Bagi pihak berkuasa Iran, permainan video yang mengandungi keganasan, seksual, lucah dan gambaran negatif terhadap Timur Tengah adalah tidak dibenarkan.

Pada tahun 2011, Battlefield 3 telah diharamkan di Iran kerana memaparkan pencerobohan fiksyen Tehran oleh tentera Amerika Syarikat. Permainan video lain seperti Arma 3 juga diharamkan kerana mempamirkan Iran sebagai musuh kepada NATO.

Rujukan :

1. Code Whole Sale

2. Geek

3. PRI


tags :, , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)