hh

Secara fizikalnya, kuda belang dan kuda domestik yang dipelihara dan dijinakkan tidak banyak bezanya. Hanya corak belang hitam putih pada badan kuda belang membezakan kedua-dua haiwan ini.

Walaupun di Malaysia kita tidak dapat melihat kelibat haiwan ini secara liar, kita tahu akan kewujudannya melalui filem dan dokumentari terutamanya yang berlatarbelakangkan kehidupan di Afrika ataupun melalui filem Madagascar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seperti kuda, kuda belang kelihatan comel dan bukanlah kelihatan seperti haiwan yang agresif seperti singa dan harimau. Namun, mengapakah sejak dahulu lagi manusia tidak menunggang kuda belang? Mengapakah haiwan ini tidak pernah dijinakkan?

Proses penjinakkan kuda domestik

kuda belang 474

Kuda domestik yang biasa kita lihat dikatakan berasal dari kawasan Amerika Utara. Kesemua kuda ini, sama seperti mana-mana haiwan sekalipun, adalah haiwan liar. Oleh itu, kuda yang liar ini juga mempunyai kecenderungan untuk menyerang atau melarikan diri daripada manusia sekiranya mereka merasakan diri mereka terancam.

Walau bagaimanapun, kuda secara genetiknya merupakan haiwan yang lebih tenang dan telah secara semulajadinya berevolusi untuk mempunyai naluri untuk tidak takut atau melarikan diri daripada manusia. Hal ini menjadikan haiwan ini lebih mudah didekati dan dijinakkan.

Manusia mula menjinakkan kuda kerana beranggapan haiwan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai medium pengangkutan atau haiwan tuggangan. Kuda mempunyai fizikal yang kuat dan mampu berlari pantas berbanding haiwan lain seperti lembu dan kerbau.

Kenapa kuda belang tidak dijinakkan?

kuda belang ganas

Kuda belang dipercayai berasal daripada lembah Afrika. Apabila penjajahan manusia akhirnya sampai ke Afrika, kuda merupakan satu-satunya bentuk pengangkutan yang banyak digunakan. Kuda membentuk asas semua rangkaian komunikasi dan pengangkutan.

Walau bagaimanapun, kuda bukanlah berasal dari Afrika. Oleh itu, manusia pada ketika itu mula berfikir, mengapa tidak mereka menjinakkan kuda belang sahaja? Pada ketika itu, manusia beranggapan bahawa kuda belang adalah campuran antara kuda dan juga keldai.

Kehidupan di Afrika sangat sukar buat kuda belang kerana mereka perlu berhadapan dengan haiwan pemangsa yang lebih buas seperti singa, hyena, harimau bintang dan juga manusia (orang asli) sendiri yang memburu mereka sebagai makanan.

Oleh itu, haiwan ini secara semulajadinya telah membina naluri dan refleksi semulajadi untuk bertahan daripada serangan pemangsa. Kecenderungan dan naluri ini terus berkembang apabila haiwan ini terus membiak selama berabad-abad lamanya sehingga menyebabkan beberapa naluri tingkah laku ini menjadi sebahagian daripada fisiologi otak mereka.

Oleh itu, kuda belang secara semulajadinya melihat manusia dengan penuh skeptik dan menganggap manusia adalah musuh mereka, sama seperti haiwan-haiwan lain.

Haiwan yang benar-benar "merbahaya"

kuda belang gaduh

Kuda belang yang cantik dan seolah-olah tidak berbahaya ini sebenarnya telah diketahui mencederakan orang-orang yang cuba mendekati mereka di zoo. Malah, haiwan ini juga sudah banyak kali direkodkan akan menggigit manusia sehingga mati.

Haiwan ini juga mempunyai keupayaan menendang dengan cukup kuat sehingga mampu menyebabkan kecederaan maut kepada orang ramai. Haiwan ini juga tidak mengendahkan panggilan manusia seperti kuda, anjing dan kucing.

Malah, haiwan ini juga boleh memberontak dan menyerang kuda belang lain apabila dikurung seperti di zoo. Kuda belang sememangnya haiwan yang benar-benar liar dan tidak memerlukan bantuan sesuapapun untuk terus hidup. Mengurung haiwan ini di zoo hanya akan menyebabkannya memberontak.

Sepanjang abad ke-19 dan ke-20, ketika penjajahan sedang memuncak, ramai orang cuba menjinakkan haiwan ini namun tetapi pengalaman ngeri dengan haiwan ini mengajar dan memberi isyarat kepada manusia untuk meninggalkan haiwan ini sendirian!

kuda belang jinak

Sejak sekian lamanya, sudah banyak kali manusia cuba menjinakkan haiwan ini. Namun, sifatnya yang sukar diramalkan menjadikan semua usaha itu menemui kegagalan. Kuda belang tidak sesuai dijadikan haiwan domestik untuk dijinakkan memandangkan ianya tidak memenuhi ciri-ciri berikut:

  1. Tenang
  2. Kurang agresif

Kuda belang adalah haiwan nomadik (berpindah-randah) dan tidak hidup berkelompok seperti singa, oleh itu haiwan ini secara semulajadinya sukar didekati oleh haiwan lain mahupun manusia. Sifat semulajadinya yang agresif dan mampu mencederakan manusia yang mendekatinya memberikan isyarat bahawa haiwan ini tidak sesuai untuk dijinakkan.

Kredit:

  1. The Conversation
  2. Science Alert
  3. Prime Stables
  4. Slate



Hakcipta iluminasi.com (2017)