Dalam filem aksi, kita seringkali menyaksikan watak utama ditembak bertubi-tubi namun terselamat kerana memakai baju kalis peluru. Ia semestinya menjadikan filem semakin dramatik dan saspen, namun tanggapan orang ramai terhadap jaket "kalis peluru" adalah tidak tepat secara saintifik atau praktikal.

Terlebih dahulu, perlu diketahui bahawa terdapat banyak benda yang boleh dipakai untuk melindungi diri daripada tembakan, yang mana berbeza dari segi bahan, ketahanan, kos dan kaedah tindakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan apa yang menariknya adalah, salah satu perisai badan yang paling popular dan berkesan terhadap peluru, tetapi boleh pecah jika anda jatuh ke atas tanah. Mengapa ia direka bentuk sebagai kalis peluru namun boleh pecah jika terjatuh, kan?

Jenis perisai badan

Walaupun ramai yang sering bertukar-tukar menggunakan frasa seperti jaket kalis peluru dan perisai badan, namun terdapat perbezaan yang ketara di antara pelbagai jenis peranti ini, terutamanya yang direka untuk mempertahankan diri daripada pisau dan juga peluru. 

1. Perisai lembut / tenunan separa aramid

baju kalis peluru 2

Apabila seseorang menyebut "jaket kalis peluru", mereka sebenarnya bercakap mengenai perisai yang lembut tetapi tersangat kuat, yang terdiri daripada gentian tenunan yang ketat.

Anda mungkin pernah mendengar "Kevlar", yang merupakan jenama jaket kalis peluru yang menjadi sangat sinonim dengan perisai ini.

Walau bagaimanapun, banyak lagi syarikat lain yang menghasilkan jaket gentian yang ditenun. Perisai yang ringan dan popular ini sangat mudah dipakai di bawah pakaian, dan mempunyai dua jenis reka bentuk iaitu rahsia atau terang-terangan.

Walaupun ianya direka bentuk untuk melindungi diri daripada senjata kecil, namun tembakan jarak dekat masih boleh menyebabkan kecederaan serius seperti luka dalaman, patah tulang rusuk, trauma.

Namun, peluru tidak akan menembusi kulit si pemakai.

Jaket ini berfungsi dengan menyebarkan daya peluru ke kawasan yang lebih besar, menyebabkan peluru berubah bentuk. Satu lagi manfaat penting jaket ini yang mana cukup kuat untuk "menangkap" peluru adalah bahawa tiada lantunan peluru, sekaligus melindungi pemakai serta pegawai, rakan, atau pemerhati di sekitar.

2. Perisai keras / plat balistik

perisai keras

Plat balistik sering menjadi komponen tambahan kepada jaket kalis peluru, dan jaket Kevlar direka bentuk dengan bahagian di mana plat ini boleh ditambah.

Walaupun plat ini menjadikan perisai lebih tegar dan menonjol ketika dipakai, ia menawarkan tahap perlindungan tambahan dalam keadaan berisiko tinggi, terutamanya jika senjata berkaliber tinggi digunakan.

Jika anda berhadapan dengan senjata seperti senapang, anda memerlukan perisai yang lebih keras untuk memberikan tahap keselamatan tambahan, Juga dikenali sebagai "plat trauma", ia boleh dimasukkan ke dalam bahagian depan atau belakang jaket, sekaligus menambahkan berat dengan begitu ketara tetapi berupaya menyelamatkan anda jika ditembak.

Perisai plat keluli adalah pilihan yang paling murah untuk kategori perisai keras, tetapi ia juga adalah yang paling berat iaitu 2 kali ganda plat seramik dan 3 hingga 4 kali lebih berat daripada plat polietilena.

Perisai plat keluli yang boleh menahan peluru telah wujud selama lebih dari 500 tahun, dan boleh dipercayai untuk ketegaran dan keupayaan untuk mengubah bentuk peluru, memudar dan menyebarkan impak.

Plat ini merupakan pilihan yang paling popular untuk perisai tahan lama untuk tempoh 70 tahun yang lalu, tetapi ia boleh pecah kepada kepingan kecil, atau terpantul dari titik impak.

Ini sekaligus boleh memberi kesan kepada bahagian badan yang tidak dilindungi atau individu di sekitar. 

jaket kalis peluru

Plat seramik adalah pilihan yang lebih ringan daripada plat keluli, dan sangat berkesan dalam mengagihkan semula daya peluru yang terkena.

Plat seramik akan pecah apabila ditembak, seperti pinggan yang dipukul dengan tukul, tetapi ini juga bermakna perisai badan ini tidak bagus untuk impak berkali-kali atau peluru yang ditembak ke kawasan yang sama pada perisai.

Kelebihan terbesar plat ini di berbanding plat logam atau keluli adalah bahawa ia boleh dipakai lebih lama kerana ringan, tetapi ia menawarkan tahap perlindungan yang serupa terhadap tembakan individu.

Pilihan yang paling ringan dan paling berkesan adalah plat polietilena, bahan lamina dengan berat molekul yang sangat tinggi.

Ia sekitar 40% lebih ringan daripada Kevlar, dan lebih daripada 12 kali dari segi kekuatan berbandin plat keluli.

Plat ini boleh menahan beberapa tembakan tanpa menjejaskan strukturnya, kerana kerana geseran peluru berputar mencairkan bahan plat ini, yang kemudiannya mencengkam dan melekat pada peluru dan bukannya mengubah bentuk peluru dan tersebar dalam plat kevlar.

Plat polietilena yang terbaik mempunya berat sekitar antara 900 gram dan 2 dan 2.27 kg.

3. Jaket kalis tikaman 

jaket kalis tikaman

Pisau dan peluru kedua-duanya sangat berbahaya, namun tidak boleh menggunakan alat yang sama untuk melindungi diri daripada kedua-duanya.

Jaket kalis peluru berfungsi kerana ia boleh menyebarkan daya impak peluru, atau mengalihkan tenaganya daripada badan dan organ dalaman. Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan peluru daripada melepasi jaket dan memasuki badan.

Tujuan jaket kalis pisau juga untuk mencegah pisau daripada menikam badan, tetapi ia dicapai dengan "menangkap" pisau di dalam serat gentian tenunan yang ketat. Ia sama seperti fungsi jaket Kevlar untuk "menangkap" peluru.

Walaupun Kevlar mempunyai jaket kalis peluru dan kalis pisau, namun keketatan dan reka bentuknya adalah berbeza.

Jaket kalis peluru mungkin tidak dapat melindungi anda daripada pisau, manakala jaket kalis tikaman kemungkinan tidak dapat melindungi anda daripada peluru, terutamanya daripada senjata berkaliber tinggi.

Mengapa sesetengah jaket kalis peluru berkecai apabila jatuh? 

mengapa baju kalis peluru pecah jika jatuh

Adalah logik untuk memikirkan bahawa jaket kalis peluru perlulah sangat tahan, namun ada di antaranya sangat mudah pecah. Plat seramik mungkin sangat berkesan untuk menghentikan peluru dan menyebarkan tenaga peluru daripada titik impak, namun anda perlu tahu bahawa ia melakukan begitu dengan retak.

Seramik sangat kuat dan juga sangat tegar. Logam akan bengkok atau berubah sedikit apabila dihentam dengan peluru, yang mengekalkan tenaga kinetik setempat.

Apabila plat seramik ditembak dengan peluru, ia akan retak, menghantar tenaga kinetik ke seluruh permukaan dan bukannya melepasinya.  

Untuk sebab yang sama, pengendalian perisai badan plat seramik haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Jika plat seramik balisitik ini terjatuh, ia akan pecah lebih awal sebelum dihentam peluru.

Ia mempunyai kelebihan seperti ringan dan keberkesanannya sebagai perisai, namun kekurangannya adalah cenderung untuk pecah atau patah jika dikendalikan dengan kasar sebelum dimasukkan ke dalam pembawa plat (jaket)

Rujukan:

1. Science Direct

2. How Stuff Works

3. Science

4. Sciencing




Hakcipta iluminasi.com (2017)