Bau yang sangat harum dan sedap. Kunyahan yang sangat rangup. Rasa mentega yang sangat lazat dihujung lidah.
Apa lagi kalau bukan rasa bertih jagung yang sangat enak, yang mana semua orang akan terbau-bau dan terbayang ketika menonton filem di pawagam.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, pernah tak anda terfikir mengapa ia menjadi satu budaya untuk kita makan bertih jagung apabila menonton wayang di pawagam?
Memanglah sebab ia dijual sebelum memasuki pawagam, namun ada sejarah disebalik penjualan bertih jagung yang kini terdapat di hampir semua pawagam di seluruh dunia.
Snek popular sejak pertengahan tahun 1800-an
Popcorn adalah sangat snek yang saangat popular di pameran dan karnival pada pertengahan tahun 1800-an. Pembekal jalanan mampu menghasilkan snek ini dengan mudah dan dijual di tepi jalan apabila mesin pembuat bertih jagung yang berkuasa stim pertama dihasilkan pada tahun 1885.
Namun, pemilik panggung wayang ketika itu seboleh-bolehnya tidak mahu ada kena mengena dengan snek ini. Mereka berusaha sedaya upaya menjaga taraf supaya penggunaan nama eksklusif "teater" tidak tercemar.
Bagi pemilik panggung wayang, mereka tidak mahu dikaitkan dengan makanan yang bising apabila dikunyah dan menyebabkan kawasan panggung bersepah ketika tayangan berlangsung.
Ia membuatkan panggung wayang kelihatan murah sedangkan mereka mensasarkan golongan celik huruf dan berpendidikan tinggi untuk datang ke panggung wayang mereka.
Dan pada tahun 1927, filem bukan lagi untuk golongan elit sahaja. Orang ramai mula mengunjungi pawagam sebagai sebahagian daripada aktiviti hiburan.
Great Depression meningkatkan populariti popcorn
Kebetulan, ketika itu berlakunya Great Depression (keruntuhan ekonomi dunia yang sangat teruk) dan Amerika mahukan dan memerlukan hiburan yang murah yang mampu membantu mereka keluar daripada realiti sebenar kehidupan yang teruk ketika itu.
Disebabkan snek ini dihasilkan dengan kos yang murah, ia juga dijual pada harga yang murah iaitu sekitar 5 hingga 10 sen bagi setiap beg.
Ini memberikan peningkatan populariti snek ini ketika Great Depression yang mana orang ramai membelanjakan wang ke arah produk yang murah seperti bertih jagung dan tiket wayang, dua industri yang saling membantu.
Walaupun ketika itu bangunan panggung wayang tidak dilengkapi dengan alatan untuk menghasilkan bertih jagung, penjual-penjual jalanan dengan pantasnya mengambil peluang untuk menjual secara terus kepada pelanggan.
Penjual kemudiannya mula menjual bertih jagung di luar kawasan bangunan panggung wayang membolehkan mereka memperoleh pendapatan berganda daripada pembelian oleh orang yang lalu-lalang dan pengunjung yang ingin menonton filem.
Secara tak sedar, penjualan bertih jagung merebak di merata-rata tempat. Penjual-penjual akhirnya diberikan kebenaran untuk menjual snek ini di lobi-lobi panggung secara terus, dengan sedikit bayara kepada pemilik.
Melihatkan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap penjualan snek ini, pemilik panggung akhirnya mengambil kesempatan dengan tidak lagi membenarkan penjual jalanan berniaga, sebaliknya mereka menjual bertih jagung ini sendiri.
Pemilik yang enggan mengikut trend berhadapan dengan masalah besar kerana snek murah ini mendapat permintaan yang sangat tinggi. Malah, seorang pemilik panggung wayang telah menurunkan harga tiket wayang hanya kerana ingin menggalakkan orang ramai datang membeli bertih jagung.
Bagi pemilik-pemilik ini, satu-satunya cara untuk bertahan adalah ketika Great Depression adalah dengan memberikan apa yang orang ramai mahukan.
Sejak itu, trend ini diteruskan sehingga kini di mana bertih jagung menjadi makanan wajib bukan sahaja bagi mereka yang menonton wayang di pawagam, tetapi juga mereka yang menonton filem di rumah dan bagi mereka yang sedang membaca komen-komen yang penuh drama di post-post kontroversi di Facebook.