Oleh pada 11 Oct 2019 kategori

Salah satu perkara yang membezakan sifat serta watak seorang lelaki dan seorang wanita yang selalu diperkatakan, adalah berkaitan tentang kewujudan halkum di tekak.

Dalam bahasa Inggeris, halkum dikenali dengan nama 'Adam's apple' berdasarkan kepada kisah Bible dan dalam bahasa saintifik, halkum digelarkan sebagai ' laryngeal prominence.' Pandangan masyarakat berkenaan organ halkum ini banyak sekali bergantung kepada pemahaman yang salah serta stigma yang direka-reka : seperti seorang wanita tidak sepatutnya mempunyai halkum - dengan wanita yang 'berhalkum besar' kerap kali dikutuk mempunyai sifat kelelakian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Benarkah pandangan ini? Tidak. Tetapi apakah penjelasan sebenar berkenaan organ halkum, fungsinya kepada manusia serta hubungkaitnya dengan perbezaan jantina? Jom kita belajar tentang halkum daripada perspektif sains.

Apa itu halkum?

halkum pada lelaki

Halkum adalah bahagian leher yang terbonjol keluar di bahagian hadapan leher, disebabkan oleh perubahan kelenjar tiroid yang melindungi bahagian leher atau saluran 'larynx'. Halkum kebiasaannya dimiliki oleh jantina lelaki, namun sebenarnya tidaklah eksklusif kepada lelaki sahaja.

Semasa proses pembesaran, saluran larynx yang bertindak sebagai kotak suara kita akan membesar sehingga menyebabkan halkum ditolak keluar. Apa yang membezakan lelaki dan wanita hanyalah pada saiz halkum yang terhasil atau ditolak keluar, kerana kedua-dua jantina sebenarnya mempunyai halkum.

Halkum lelaki membesar dengan lebih pantas berbanding wanita, dengan saiz halkum lelaki juga kebiasaannya akan mencapai saiz lebih besar berbanding jantina berlawanan.

Secara asasnya, halkum tidak mempunyai apa-apa fungsi seperti organ lain, berbanding dengan saluran larynx yang sangat penting dalam penghasilan suara. Namun halkum boleh menjadi indikator kepada jenis suara yang terhasil, kerana saiz halkum berkait dengan saiz saluran larynx yang terbentuk.

Individu yang mempunyai halkum besar kebiasaanya memiliki saluran larynx lebih luas, akan mempunyai suara yang lebih dalam tonanya serta lebih kuat bunyinya. Bagaimanapun, ada juga kes yang berlaku sebaliknya di mana seseorang yang mempunyai halkum besar, menghasilkan nada suara yang lebih halus dengan tona yang lebih nyaring.

Jadi, tak perlulah kita stereotaipkan sesiapa hanya kerana saiz halkum dia sahaja ya? Wanita pun boleh ada halkum tau.

Fungsi sebenar halkum

sakit pada bahagian tekak dan halkum

Walaupun halkum pada asasnya dilihat mempunyai sebarang fungsi, bahagian itu mempunyai peranan yang penting semasa kita membesar. Rawan tiroid ada rawan yang terbesar di dalam saluran tekak kita atau larynx, halkum pula menjadi titik pertemuan di antara kedua-dua bahagian rawan ini bertemu.

Pembentukan saluran larynx seterusnya halkum pada jantina lelaki dan wanita agak berbeza, dengan tulang yang berada di bahagian tekak lelaki hanya mampu terbuka sehingga 90 darjah, sementara perempuan pula mempunyai bukaan tulang jauh lebih besar, iaitu 120 darjah.

Perbezaan sudut inilah yang membezakan pembentukan halkum di antara lelaki dan wanita. Oleh kerana tulang belakang wanita yang terbentuk di saluran larynx mampu mencapah dengan lebih luas, bahagian rawan yang membentuk halkum kurang kelihatan berbanding lelaki halkumnya lebih menonjol - disebabkan tolakan tulang tadi yang lebih rapat.

Disebabkan perbezaan itu jugalah, satu prosedur yang dikenali sebagai 'cricothyroidotomy' atau prosedur memasukkan tiub ke dalam tekak, bagi membantu pernafasan jauh lebih mudah dilakukan pada individu lelaki. Ini kerana dengan halkum yang lebih timbul, pakar perubatan dapat mengenal pasti membran cricothyroid yang perlu ditebuk.

Dah cerita pasal halkum dan saluran larynx, kita berbalik kepada soalan sebenar - apa fungsi halkum? Fungsi utamanya selain daripada membezakan suara kita semua adalah untuk melindungi saluran larynx serta peti suara yang ada, dalam saluran tersebut.

Jaga halkum anda baik-baik, kerana walaupun bahagian itu memang ditakrifkan tidak kritikal kepada kesihatan kita - jangkitan-jangkitan seperti cyst serta kanser tiroid boleh berlaku, disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Kanser tiroid didapati lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, dengan kadar jangkitan 11 daripada 100,000 orang wanita berusia 20 ke 39 tahun.

Kebiasaannya, kes seperti ini akan bermula dengan penemuan biji halkum secara tiba-tiba di bahagian halkum secara tiba-tiba. Bezanya, cyst atau sel kanser ini akan bergerak setiap kali anda menelan sesuatu, tidak seperti halkum yang normal.

Rujukan

Anatomy, Head and Neck, Adam's Apple




Hakcipta iluminasi.com (2017)