Setiap kali anda makan di restoran atau gerai-gerai, kesihatan anda berada di dalam tangan orang lain. Dan setiap tahun, berpuluh-puluh ribu orang jatuh sakit disebabkan oleh keracunan makanan.
Naib baik, tukang masak dan chef boleh mengambil langkah-langkah untuk meminimumkan risiko keracunan makanan. Dan salah satu daripada caranya adalah merebus atau mencelupkan udang karang ke dalam air mendidih secara hidup-hidup.
BESARKAN TEKS A- A+
Rupa-rupanya, akuarium dan tangki di restoran yang menempatkan udang karang hidup bukan sahaja untuk membolehkan anda dapat makan makanan yang segar, tetapi ada sebab lain.
Cuba bayangkan anda masuk ke dalam dapur dan melihat kambing dimasak hidup-hidup, pastinya anda terkejut dan hilang selera makan. Namun, inilah yang berlaku kepada udang karang di seluruh dunia.
Tetapi adakah udang karang berbeza dengan haiwan lain yang kita makan? Mengapa kita rebus atau masak udang karang hidup-hidup? Sebenarnya, cara ini boleh menyelamatkan nyawa.
Manusia telah menggunakan cara ini sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Kes pertama direkodkan dari resipi dikaitkan dengan tukang masak Rom iaitu Caelius Apicius yang terkenal pada abad pertama.
Tukang masak Amerika Syarikat kemudiannya menggunapakai proses ini menjelang tahun 1880 apabila mereka mendapati bahawa makanan kelihatan lebih menarik dan terasa lebih sedap apabila haiwan ini direbus hidup-hidup.
Namun, kita kemudiannya mengetahui bahawa terdapat sebab mengapa ia direbus, iaitu boleh mengurangkan risiko keracunan makanan yang teruk.
Udang karang mempunyai bakteria berbahaya secara semulajadi hadir dalam dagingnya, sejenis bakteria Vibrio.
Sebaik sahaja udang karang mati, bakteria ini menjadi berlipat ganda dengan begitu cepat dan membebaskan toksin yang mana hampir mustahil dapat menghapuskannya.
Malah, memasak daging udang karang yang telah mati juga tidak akan dapat membunuh kesemua bakteria ini. Jadi, adalah lebih selamat untuk membiarkan udang karang terus hidup sehinggalah ia dihidangkan.
Jika bakteria Vibrio sampai ke dalam sistem badan anda, ia sangat berbahaya. Anda boleh mengalami gejala seperti kekejangan perut, mual, muntah, demam, menggigil dan mati.
Nasib baik terdapat cara untuk mengetahui sama ada daging tersebut masih dalam keadaan baik atau tidak, iaitu dengan menghidunya.
Anda dengan mudah boleh mengesan bau ammonia yang dikeluarkan apabila badan udang karang mula terurai.
Jadi, merebus udang karang hidup-hidup boleh menyelamatkan kita daripada jatuh sakit dan mati. Namun, bagaimana pula dengan nasib udang tersebut?
Sudah tentu udang karang tidak dapat menjerit kesakitan apabila ia direbus. Malah, ia tidak mempunyai paru-paru dan tidak mempunyai alatan biologi yang betul untuk menjerit.
Apa yang anda dengar adalah udara dan wap keluar dari cangkeranganya ketika direbus. Dikatakan bahawa udang tidak mempunyai otak sebenar yang membolehkannya mengetahui apa itu kesakitan.
Adalah adil untuk mengatakan bahawa ia tidak mempunyai tahap kesedaran diri cara yang sama seperti manusia, tetapi udang karang tetap bertindak balas terhadap kerosakan tisu sama ada secara fizikal dan hormon.
Jadi, ia jelas bahawa udang karang masih mampu mengesan kesakitan pada tahap tertentu. Malah, hormon yang haiwan ini rembeskan ke dalam aliran darah iaitu kortisol, adalah sama seperti yang dihasilkan oleh manusia apabila berasa sakit.
Namun, tanda kesengsaraan yang paling jelas ialah ekornya yang merenggut, yang dikatakan sebagai refleks untuk melarikan diri.
Jadi, tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada udang karang apabila ia dimasukkan ke dalam air yang mendidih.
Sudah tentu terdapat pihak yang menentang cara memasak yang dianggap kejam ini.
Pada Januari 2018, Switzerland mengharamkan amalan membunuh udang karang dengan memasukkan ke dalam air mendidih secara hidup-hidup, yang mana sudah diharamkan di New Zealand.
Bermula 1 Mac 2018, sebagai sebahagian daripada perundangan perlindungan haiwan, udang karang mesti dikejutkan dengan arus elektrik sehingga mati sebelum dimasak.
Rujukan: