Oleh pada 14 May 2018 kategori

Penulisan ini ditulis oleh Dr. Mahyudin Ahmad di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Siapa dalam Council of Elders dan mengapa ia diperlukan?

Apabila mendengar Tun Mahathir mewujudkan Council of Elders ini, terus saya teringat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN atau NEAC) yang ditubuhkan oleh Tun dulu ketika menangani krisis kewangan 1998. Tun Daim salah seorang ahlinya. Saya akan ceritakan di bawah nanti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lantikan Council of Elders ini terdiri dari individu yang sangat berkepakaran dalam ekonomi dan kewangan, kita semua sedia maklum. Tun Daim merupakan bekas Menteri Kewangan sebayak 2 kali, Tan Sri Zeti adalah mantan Gabenor BNM yang pakar dalam sistem kewangan dan polisi monetari.

Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Hasan Merican pula terlibat dalam perniagaan di peringkat antarabangsa dan syarikat multinasional. Profesor Jomo sudah tentu kepakaran polisi ekonomi mapan di peringat pembuat dasar ekonomi tertinggi dunia PBB.

Tujuan utama 

Tujuan utama Council ialah untuk MEMULIHKAN ekonomi Malaysia, meraih kembali keyakinan rakyat dan pelabur, yag memerlukan orang yang arif untuk melakukannya.

mengapa concil of elders diperlukan

Mereka akan menilai semua polisi ekonomi berkaitan hutang negara, GST dan harga minyak. Di samping itu, mereka juga akan mula mengesan data-data dan maklumat secara teliti mengenai projek mega dan semua keputusan pelaburan GLC seperti Tabung Haji, MARA, FELDA dan lain-lain.

Paling utama ialah 1MDB.

Mereka pasti mampu membuat penyiasatan forensik yang lengkap dan menyeluruh, termasuklah :

  1. Mengesan dan meneliti semua data-data kontrak dan pelaburan 1MDB
  2. Mengesan aliran keluar masuk wang dari akaun ke akaun, perbelanjaan, penggubahan
  3. Mengenalpasti aset-aset 1MDB yang masih boleh didapatkan semula.

Begitu juga dengan kontrak dan pelaburan berbilion yang diterima dari China dan semua yang berkaitan dengannya.

1mdb mengapa council of elders diperlukan

Mereka juga akan akan menilai, meneliti, dan melaksana strategi-strategi kemas dan penuh taktikal. Tujuan utama adalah untuk menghentikan bebanan kewangan negara, meminimumkan kerugian dari pemberhentian kontrak2, mendapatkan kembali wang digubah atau dipindah keluar, serta akhirnya memulihkan kemapanan (sustainability) ekonomi negara yang kemungkinan bakal menghadapi krisis pada tahun mendatang.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) 

mengapa concil of elders diperlukan 2

Mengenai MTEN, ia ditubuhkan pada Januari 1998, dan selain Tun Daim, ia turut disertai DS Anwar, Tan Sri Rafidah, dan beberapa menteri kanan. al-Marhumah Prof Mahani Zainal Abidin (gambar), Professor ekonomi dari UM turut dilantik.

Paling utama MTEN ialah untuk menangani kesan krisis kewangan 1998. Elok kita menyemak semula sedikit sejarah situasi ekonomi negara sebelum krisis kewangan 1998 .

Dasar liberalisasi ekonomi dan reformasi fiskal dan ekonomi benar telah menatijahkan pertumbuhan ekonomi yang begitu cemerlang. Dekad 1990-an pertumbuhan ekonomi sekitar 8-10 peratus, pelaburan asing 4 kali ganda pertumbuhan ekonomi (sekitar 40 peratus).

mengapa concil of elders diperlukan 3

Namun data-data komposisi pelaburan cenderung kepada pelaburan jangka pendek (aliran jangka pendek/portfolio capital). Saiz pelaburan jangka pendek ini mencecah 62% dari jumlah pelaburan asing pada 1993, manakala FDI pula menurun dari 60 peratus 1986-1990 ke 40 peratus pada 1996.

Krisis kewangan bermula dari Thailand yang telah apungkan Bhat pada Julai 1997, hilang serta merta 10 peratus nilai Bhat, intervensi dari Bank Negara Thailand untuk pertahan nilai Baht mengguna semua rizabnya akhirnya gagal, dan apungan itu akhirnya menjunamkan nilai Baht, sekaligus menghilangkan keyakinan pelabur dan terjadilah capital flight di sana.

Nota: capital flight adalah perpindahan wang dalam jumlah besar dari suatu negara ke negara lain untuk mencari untung yang lebih besar atau untuk menghindari rugi atau kerugian akibat memburuknya ekonomi atau politik di negara asal.

mengapa concil of elders diperlukan 4

Di Malaysia, tempias kesan dirasa (contagion effect) apabila Bursa Saham Malaysia merudum akibat penjualan saham besar-besaran oleh pelabur, tukaran ringgit merudum sehingga mencecah lebih RM4 untuk 1 Dolar, dan menyebabkan kegagalan sistem kewangan dan perbankan.

Serangan ringgit berlaku (disebut serangan apabila semua hedge fund managers, brokers speculators, taking short position in massive volumes). Ekonomi benar pun merudum, syarikat tutup akibat pelaburan tiada, kehilangan pekerjaan dan vicious cycle ini berterusan menyebabkan ekonomi menguncup teruk.

Akhirnya terjadilah apa yangg terjadi.

Tindakan oleh MTEN

Apa tindakan MTEN? Tidak lain ialah kawalan modal komprehensif, mencapai autonomi dalam keputusan polisi makro dan kestabilan tukaran matawang.

Dasar monetari mengembang iaitu penurunan kadar bunga dilaksanakan untuk merancakkan kembali ekonomi. Di samping itu, beberapa kawalan modal penting dilakukan iaitu:

  1. Halangan eksport dan import matawang ringgit dan matawang luar
  2. Halangan pemberian kredit dalamm negara kepada penduduk dan syarikat asing
  3. Pengenaan 12-bulan tempuh 'bertenang' untuk semua keuntungan syarikat luar sebelum dibenarkan penghantaran balik ke luar negara. Selepas 12 bulan ada levi pula ke atas setiap penghantaran balik
  4. Penghantaran balik ringgit dari pasaran pesisir, menjadikan ringgit tidak bernilai di luar Malaysia.
  5. Pegangan mata wang, iaitu tukaran asing tetap RM3.80 sama 1 Dolar.

Hebat sekali strategi-strategi ini kerana mereka faham kesan sebab dan akibat bagi setiap langkah dilakukan. Kaitan antara pegangan mata wang dengan kadar bunga dengan dasar kewangan mengembang kalau cerita maybe budak ekonomi saja kut boleh paham. 

Apa pun, akhirnya kawalan ini bertujuan untuk menstabilkan ringgit, menutup peluang spekulasi nilai ringgit, menghilangkan insentif capital flight, pengenaan tempoh bertenang memberi insentif untuk pelabur tidak meninggalkan malaysia, mengekalkan aset dan pelaburan, mereka sekaligus memberi ruang expansive monetari polisi dilaksanakan di Malaysia bagi menyokong aktiviti ekonomi.

council of elders malaysia daim zeti jomo kuok

Ekonomi Malaysia antara yang kembali pulih segera selepas krisis 1998 berbanding Indonesia dan Thailand yang mengikut kaedah penyelesaian krisis IMF.

Oleh itu saya yakin Council of Elders yang baru ditubuhkan akan mampu memulihkan dan membawa ekonomi negara ke landasan yang betul dengan segera. Sama-sama kita berdoa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)