Pastinya kebanyakan daripada kita pernah melihat anjing berak atau membuang air besar di tempat awam. Dan sering kalinya kita tidak begitu memberikan perhatian padanya.
Namun apa yang ramai tak tahu adalah selalunya "proses" ini dilakukan dengan menghala ke arah utara. Pelik, kan?
Persoalan yang sudah terang lagi bersuluh nya adalah mengapa anjing melakukan sedemikian dan yang paling penting, adakah ini juga dilakukan oleh haiwan-haiwan lain?
BESARKAN TEKS A- A+
Medan magnet Bumi
Seperti kebanyakan planet lain, Bumi mempunyai medan magnet yang memancar keluar dari kutub magnet.
Dengan kata mudah, ia disebabkan oleh pusaran cecair logam cecair di teras luar, yang mana yang terletak kira-kira 3,000 kilometer di bawah permukaan Bumi.
Logam yang berputar ini menghasilkan arus elektrik yang menjana dan mengekalkan medan magnet.
Paksi magnet Bumi sedikit "lari"dari paksi geografi dengan 11.2°, manakala Kutub Magnet Utara terletak berhampiran dengan geografi Kutub Selatan, dan sebaliknya.
Kutub Utara dan Selatan masing-masing mendapat nama kerana magnet kompas biasa akan menunjuk jarumnya ke arah utara kompas dengan mengarah ke utara Bumi (iaitu magnetik Selatan - kutub yang bertentangan menarik).
Manakala manakala magnet kompas menunjukkan jarumnya ke arah selatan kompas dengan mengarahkan ke selatan geografi Bumi (atau magnetik Utara).
Medan ini kerap berubah-ubah, malah berubah setiap hari dan hanya dikatakan menjadi "tenang" untuk tempoh 20% daripada waktu siang.
Tarikannya yang paling kuat adalah berhampiran dengan kutub dan paling lemah di khatulistiwa. Kehadiran medan magnet memainkan peranan penting dalam memastikan kehidupan bertahan hidup di Bumi.
Medan magnet yang kuat di sekeliling Bumi berinteraksi dengan angin suria dan menghalangnya daripada mencapai permukaan Bumi.
Jika tidak, angin suria ini akan menghakis atmosfera dan air, menjadikan keadaan yang tidak dapat diterima oleh apa-apa jenis hidupan di Bumi.
Para saintis membuat spekulasi bahawa Marikh kehilangan air dan atmosfera ketika medan magnetnya hilang, dan kekurangan medan magnet juga adalah sebab mengapa Venus tidak menyokong kehidupan.
Kaitan anjing berak dengan Paksi
Jika anda perasan bahawa anjing anda atau anjing di kawasan kejiranan berpusing-pusing beberapa kali sebelum kencing, berak ataupun tidur, sebenarnya ia sedang menyusun semula GPS dalamannya dengan paksi magnet Bumi.
Haiwan ini lebih cenderung untuk mengarah ke Utara ketika 20% daripada waktu siang, ketika mana medan magnet Bumi dalam keadaan paling tenang.
Selain itu, walaupun medan ini berubah-ubah, anjing secara aktif mengelak dari paksi Timur-Barat. Alasan mengapa anjing melakukan perkara ini masih diperbahaskan.
Penyelidik berspekulasi bahawa ia berkaitan dengan keupayaan luar biasa haiwan ini seperti mencari jalan sendiri dan juga untuk ke kawasannya.
Sebenarnya, anjing mempunyai kawasan tetap dan ia menyimpan peta "mental" bagi kawasan tempat tinggal atau tempat yang dilawati.
Tahi dan air kencing mengandungi banyak maklumat tentang seseekor anjing itu seperti umur, jantina, kecergasan, penyakit dan sama ada ia sudah bersedia untuk mengawan atau tidak.
Apabila anjing kencing atau berak, ia akan menyelaraskan dirinya dengan paksi. Ini mungkin membantu anjing untuk menandakan wilayah dan mengingati batu asasnya.
Namun para saintis masih tidak dapat mengesahkan bagaimana haiwan ini tahu arah yang mana adalah arah utara. Menurut saintis, terdapat dua kemungkinan.
Pertama adalah, sama ada anjing mengesan medan magnet secara sedar melalui bau, rasa, bunyi atau deria lain.
Yang kedua adalah, ia mungkin bertindak balas secara beransur-ansur terhadap isyarat fisiologi, seperti "berasa lebih selesa" dalam menghadap satu arah daripada arah yang lain.
Namun begitu, telah dipastikan bahawa seperti beberapa haiwan lain, anjing adalah haiwan "magnetoreceptive" dan oleh itu ia dapat mengesan medan magnet Bumi.
Kajian lanjut sedang berusaha untuk memahami aspek yang lebih halus dari naluri yang hebat ini.
Bagaimana pula dengan haiwan sensitif medan magnet yang lain?
Pelbagai jenis organisma menggunakan cara yang berbeza untuk mengesan dan menggunakan kutub magnet bumi bagi menyelaraskan diri dalam ruang.
Penghijrahan adalah contoh fenomena terbaik yang menunjukkan navigasi magnetoreceptive yang luar biasa.
Adakah anda tahu bahawa burung boleh berhijrah berpuluh-puluh ribu kilometer, kadang-kala tanpa berhenti atau berehat?
Sebenarnya, satu kajian yang sangat menarik menunjukkan bahawa burung sebenarnya dapat melihat medan magnet Bumi, dan burung yang berhijrah dikatakan "menetapkan semula" kompasnya setiap malam.
Inilah cara bagaimana haiwan ini boleh menempuh jarak sejauh walaupun tanpa bantuan Google Maps.
Lebah pula terkenal dengan mempunyai perut magnetik yang dapat merasakan medan magnet, satu keupayaan yang telah diuji menggunakan magnet kekal yang kuat.
Serangga ini menggunakan keupayaan ini untuk mencari jalan pulang dan juga berulang-alik melawat sumber makanan yang ditemui.
Keupayaan ini juga diketahui hadir pada lembu dan rusa. Kajian telah mengesahkan bahawa lembu-lembu yang sedang meragut rumput akan menghala ke magnetik Utara Bumi, sama seperti anjing yang sedang berak.
Magnetoresepsi dalam haiwan adalah bidang yang sangat menarik dan luas yang masih memerlukan sejumlah besar kajian.
Rujukan:
2. ANU
3. Science