Perkataan nombor dalam bahasa Inggeris adalah hampir sama dengan bahasa Melayu.
Dari dua puluh satu (21) hingga sembilan puluh sembilan (99), prinsip yang sama digunakan di mana anda menyebut tempat puluh terlebih dahulu dan diikuti oleh tempat sa.
Tetapi, ia berbeza bagi "teen" atau belas. Bukan sahaja sepuluh atau "ten" (asal perkatan "teen") disebut selepas tempat unit (10+7 bukan "teen-seven" tetapi "seventeen"), tetapi "eleven" dan "twelve" juga langsung berbeza daripada yang lainnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Eleven dan twelve berasal dari perkataan bahasa Inggeris kuno iaitu "endleofan" dan "twelf", satu ketika dahulu masa ia disebut sebagai ain+lif dan twa+lif.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan "–lif" ini?
Dakwaan terbaik oleh ahli etimologi adalah ia dari kata akar untuk menyatakan "to leave" (meninggalkan). Ainlif bermaksud "one left (selepas sepuluh)" dan twalif adalah "two left (selepas sepuluh)."
Dengan kata mudah, ainlif bermaksud 1 selepas 10 dan twalif bermaksud 2 selepas 10. Oleh itu, persoalannya, kenapa kita tidak mempunyai threelif, fourlif, fiflif, sixlif dan sebagainya?
Jawapannya ada kaitan dengan perkembangan sistem nombor sepanjang sejarah.
Lama dahulu, apabila perkataan nombor pertama kali dibentuk, kebanyakan orang tidak mempunyai banyak sebab untuk membezakan nombor yang lebih daripada sepuluh.
Malah, beberapa bahasa budaya primitif hanya mempunyai kata bilangan untuk "satu", "dua" dan "banyak", disebabkan sistem bilangan masih belum berkembang.
Oleh itu, nombor asas perkataan dari kosong hingga sepuluh dibentuk terlebih dahulu, kemudian ianya diperpanjangkan sedikit dengan pengakhiran -lif.
Mungkin terdapat sistem threelif, fourlif dan seterusnya, tetapi eleven dan twelve digunakan lebih kerap dalam kehidupan seharian.
Banyak sistem nombor didasarkan kepada 12 kerana ia boleh dibahagikan dengan paling banyak nombor.
Jika 11 dan 12 digunakan dengan lebih kerap, bentuk mereka akan kekal walaupun sistem perkataan nombor mula berkembang kepada bentuk baharu iaitu thirteen, fourteen dan seterusnya.
Anda boleh memperluaskan idea ini kepada perkataan nombor lain seperti mana berlaku ketidakteraturan dalam nombor puluh seperti twenty, thirty, fifty yang mana sepatutnya disebut sebagai twoty, threety, fivety dan sebagainya,.
Ia disebabkan oleh nombor-nombor ini wujud lebih awal dan manusia telah menggunakan nombor-nombor ini setiap hari lebih lama daripada menggunakan two hundred, three hundred dan five hundred, yang datang kemudian.
Perkataan yang kita perlukan lebih awal dan lebih kerap digunakan biasanya adalah yang tidak teratur.
Kesimpulan
Jadi, jawapan pendek kepada mengapa eleven dan twelve berbeza daripada yang lain, adalah kerana ia diciptakan lama dahulu dengan menyebutnya sebagai "satu selepas sepuluh" dan "dua selepas sepuluh", sebelum perkataan selepas itu wujud.
Nombor-nombor ini adalah lebih berguna kepada kita berbanding nombor yang lebih besar, maka kita menyebutnya lebih kerap dan menjadi tabiat yang tidak boleh diubah.
Rujukan:
1. MF