Oleh pada 28 Feb 2024 kategori

Di Malaysia, jarang kita dapat bertemu dengan masyarakat dari Amerika Latin atau Latin America.

Bagaimanapun sekiranya anda peminat filem, pasti anda sudah tahu di kalangan masyarakat Amerika Latin, wujud banyak terminologi atau istilah yang digunakan untuk menggambarkan kumpulan etnik, budaya, dan linguistik berkaitan mereka.

Uniknya, walaupun popular disebut - tidak ramai di antara kita di Malaysia yang benar-benar faham beza dan makna setiap istilah yang ada. Oleh kerana itu, artikel ini cuba untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan istilah berkait masyarakat Amerika Latin yang ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kenapa ada gelaran 'Amerika Latin'?

messi orang etnik

Topik paling besar dalam perbincangan hari ini, adalah kenapa 'Amerika Latin' digelarkan Latin?

Istilah "Amerika Latin" diguna untuk menggambarkan kawasan benua Amerika di mana bahasa Roman yang berasal daripada Latin, diutamakan.

Istilah ini pertama kali digunakan di Paris dalam satu persidangan pada tahun 1856 dan akhirnya digunakan untuk merujuk kepada kawasan di benua Amerika yang diperintah empayar Sepanyol, Portugal, dan Perancis.

Kini istilah "Amerika Latin" merujuk kepada kawasan benua Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico, dan pulau-pulau di Kepulauan Caribbean. 

Apa itu Hispanic?

carlos santana etnik apa

Istilah "Hispanic" berasal dari perkataan Latin "Hispanicus" yang merujuk kepada individu dari Semenanjung Iberia dan sebuah masyarakat yang digelarkan Celtiberian.

Dalam Bahasa Inggeris, perkataan ini mula digunakan sejak abad ke-16 di kalangan penutur Inggeris dan pada akhir abad ke-19 dalam bahasa Inggeris Amerika.

Orang Rom kuno menyebut Semenanjung Iberia sebagai Hispania dan migrasi masyarakat Hispania ke kawasan jajahan Rom, merasminkan pengenalan istilah Hispanicus di kalangan mereka.

Di Amerika Syarikat sekitar abad ke-19, 'hispanic' digunakan bagi mewakili individu berketurunan Sepanyol yang menetap di sana.

Siapa pula orang Mestizo?

orang mestizo atau hispanic

"Mestizo" adalah istilah Sepanyol untuk orang yang berketurunan campuran Eropah (biasanya Sepanyol) dan Amerindian.

Perkataan Sepanyol mestizo berasal dari Latin mixticius, yang bermaksud campuran. 

Jadi mana-mana individu yang keturunannya atau etniknya sudah bercampur-baur dan sukar untuk diklasifikasikan ke dalam satu etnik sahaja, biasanya akan menggunakan gelaran ini.

Bagaimanakah mulanya orang 'Spanish'?

beza amerika latin

Istilah "Spanish" merujuk kepada penutur bahasa yang digunakan di Sepanyol dan negara-negara yang dulunya dijajah oleh Sepanyol, tidak semestinya mewakili orang Sepanyol semata-mata.

Bahasa yang dikenali hari ini sebagai bahasa Sepanyol berasal dari bahasa Latin yang diamal dalam pertuturan, dibawa ke Semenanjung Iberia oleh orang Rom selepas penjajahan mereka di Semenanjung itu pada akhir abad ke-3SM.

Latino tu siapa ya?

etnik jennifer lopez

Istilah "Latino" merupakan satu istilah pinjaman kata dari bahasa Itali, yang datang daripada bahasa Yunani Kuno.

Dalam Bahasa Inggeris, istilah Latino diadaptasi dari Bahasa Sepanyol, direkodkan secara rasmi dalam abad ke-19.

Latino sebenarnya adalah singkatan kepada perkataan latinoamericano atau "Latin Amerika," mula diguna di kalangan negara bekas koloni Sepanyol.

Chicano

give me some chon chon meme

Istilah "Chicano" pula dianggarkan mungkin berasal dari orang Mexica, asalnya disebut Meh-Shee-Ka.

Oleh kerana tiada rekod yang jelas, chicano menjadi subjek perdebatan di kalangan sejarawan linguistik. Sesetengah penyelidik percaya chicano adalah derivatif bahasa Sepanyol daripada perkataan Nahuatl yang lebih tua, Mexitli ("Meh-shee-tlee").

Dalam era moden, istilah chicano lebih kerap menggambarkan identiti, budaya, sistem sosial dan tradisi masyarakat Mexico yang bangga menolak budaya barat dalam hidup, sebaliknya cuba mengamalkan semangat jati diri etnik Mexico asal seperti nenek moyang mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)