Kredit foto: Instagram Mawar Rashid

Aktres Mawar Rashid mendapat pujian netizen kerana mula mengenakan tudung.

Menerusi laman Instagram, Mawar berkongsi tiga foto dia bertudung litup di perkarangan rumah, bersama suami, Raf Yaakob.

Difahamkan, Mawar dan Raf berswafoto sebelum keluar rumah untuk mengambil gambar kad nikah mereka.

mawar rashid jelita bertudung selepas kahwin 2

Kredit foto: Instagram Mawar Rashid

"Selamat pagi kalian yang rupawan. Sebelum keluar dengan suami untuk ambil gambar kad nikah, kita simpan gambar swafoto satu dulu," tulis Mawar di kapsyen.

Kiriman foto-foto itu dihujani dengan komen peminat yang gembira melihat perubahan gayanya.

Malah kebanyakan netizen berharap agar Mawar terus istiqomah dengan imej berhijab.

mawar rashid jelita bertudung selepas kahwin 3

Kredit foto: Instagram Mawar Rashid

Turut serta di ruangan komen ialah Raf yang menulis:

"Cantik seperti selalu."

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)