Kredit foto: Astro Gempak

Ketika sedang leka skrol gambar-gambar di laman Instagram, terpaku kami seketika kepada beberapa keping gambar. Disangka gambar ilustrasi patung barbie, namun rupanya pelakon Nia Ramadhani yang sedang beraksi dalam sebuah sesi fotografi bersama keluarganya.

Menerusi foto-foto tersebut, walaupun Nia sedang sarat hamil anak ketiga, namun masih terlihat cantik dan jelita. 

Nia berkongsi foto-foto indah ini di akaun Instagramnya.

Turut sama dalam gambar adalah anak pertama Nia, Mikhayla yang mengenakan gaun labuh berwarna krim lembut bak dirinya. Juga suami tercinta, Ardi Bakrie dalam kemeja putih sedondon dengan anak lelaki mereka, Mainaka Zanatti.

Latar belakang pemandangan yang diambil pula adalah sebuah taman indah yang dipenuhi dengan bunga mawar segar.

Mari saksikan keindahan seni dalam foto-foto tersebut.

nia ramadhani jelita bak patung barbie ketika maternity shoot 2

nia ramadhani jelita bak patung barbie ketika maternity shoot 3

nia ramadhani jelita bak patung barbie ketika maternity shoot 4

nia ramadhani jelita bak patung barbie ketika maternity shoot 5

nia ramadhani jelita bak patung barbie ketika maternity shoot 6

nia ramadhani jelita bak patung barbie ketika maternity shoot 7

Kredit foto: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)