mawar rashid teruja kongsi kisah cinta dengan raf yaakob

Kredit foto: mStar Online

Pelakon Mawar Rashid mengakui serius dengan hubungan cintanya bersama adik kepada selebriti Fazley Yaakob, Raf Yaakob.

Oleh sebab itu, dia berasa teruja dan gembira untuk berkongsi perkembangan hubungan tersebut.

Hubungan kami semakin serius dan tiada apa yang perlu disembunyikan tentang apa yang saya rasa bersama pengikut laman sosial saya. Lagi pula saya agak yakin dengan kesungguhan dia. Apa yang saya lakukan itu (kongsi gambar di laman sosial) membuatkan saya dan dia gembira.Dia seorang yang matang, bertanggungjawab dan berkarisma yang mana memang menepati cita rasa saya. Biarpun dia berstatus duda tapi saya terima dia seadanya.
Ditanya soal perkahwinan, Mawar merasakan ianya masih terlalu awal untuk memikirkan soal itu disebabkan beberapa perkara.
Masih terlalu awal untuk ke arah itu (perkahwinan), kami baru masuk bulan keempat bercinta. Saya mahu fokus dengan kerjaya lakonan terlebih dahulu dan jika suatu hari nanti ada jodoh kami, Alhamdulillah.
Sumber: mStar Online
Ternyata, sifat terbuka Mawar akan hubungan cintanya dengan Raf merupakan sesuatu yang patut dicontohi. 
Semoga hubungan cinta mereka akan berakhir di jinjang pelamin kelak.

tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)