Oleh pada 14 Nov 2017 kategori

selepas nikah raf dedah tiada malam pertama dengan mawar 1

Kredit foto: Instagram Raf Yaakob

Raf Yaakob tidak menyangka niatnya untuk bertemu isterinya, aktres Mawar Rashid selepas pulang dari Stadium Panasonic berakhir hampa.

Dalam pendedahan yang dibuat di laman Instagram itu, Raf memperlihatkan foto Mawar dan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, Rayyan sedang nyenyak tidur ketika dia baru sahaja tiba di bilik hotel.

"Malam Jumaat EXPECTATION vs REALITY. Selepas saja nikah, Raf masuk bilik cepat-cepat salin baju.

"Sempat tangkap gambar katil pengantin yang romantik tu. Lepas itu terus bergegas ke Stadium Panasonic.

"Ada perlawanan penting dengan @o2fc untuk #SCL2017. Kami menang 1-0! Lepas perlawanan sanggup tak sertai makan-makan dengan pemain sebab nak balik pada isteri tercinta.

"Pandu laju-laju dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Sampai saja bilik, tengok @mawarashid dan @rayyanchanelaraf dah tidur. Raf pun tidur terus," tulis Raf di kapsyen.

selepas nikah raf dedah tiada malam pertama dengan mawar 2

Kredit foto: Instagram Raf Yaakob

Sehingga kini kiriman itu meraih lebih 25 ribu tanda suka (likes) dan dihujani lebih 500 komen para pengikut.

Rata-rata netizen menganggap kisah yang diutarakan Raf sebagai melucukan.

"Kapsyen itu cerita pendek yang kelakar. Apa-apa pun tahniah buat kalian berdua.

"Adoi lawak la yang ini haha esok boleh cuba lagi. Semoga berjaya.

"Kapsyen win. Sweet sangat," tulis beberapa pengikut di ruangan komen.

Malam Jumaat sering dikaitkan sebagai waktu istimewa untuk suami isteri melakukan hubungan intim.

Terdahulu, Raf dan Mawar bernikah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Sumber berita: Mstar 

tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)