Malaysia sebenarnya sangat beruntung dari segi kedudukan geografinya. Berada di luar Lingkaran Api Asia Pasifik, secara teorinya kita kini bebas daripada letusan gunung berapi. Dalam erti lainnya, walaupun mengikut sejarah ratusan atau ribuan tahun dahulu terdapat gunung berapi yang aktif di negara kita, gunung-gunung tersebut kini tidak aktif lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebaliknya, negara jiran kita Indonesia mempunyai puluhan gunung berapi yang masih aktif. Pembentukan gunung berapi ini adalah akibat daripada pertembungan antara plat Eurasia dan plat Indo-Australia.

ring of fire

Saban tahun, apabila letusan gunung berapi berlaku, ianya akan meragut banyak nyawa dan meranapkan ribuan harta benda. Pernahkah anda tertanya, apakah gunung berapi yang terbesar di dunia?

Gunung Mauna Loa

gunung berapi hawaii

Takhta gunung berapi terbesar di dunia dipegang oleh Gunung Mauna Loa yang terletak di bahagian selatan-tengah kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat. Kawasan gunung ini juga merupakan sebahagian daripada Taman Nasional Gunung Berapi Hawaii.

Dalam bahasa penduduk Hawaii, perkataan "Mauna Loa" bermaksud gunung besar. Gunung ini mempunyai ketinggian 4,169 meter daripada aras laut dan saiznya sahaja adalah lebih kurang separuh daripada keseluruhan Pulau Hawaii. Bahagian kubahnya mempunyai panjang 120 km dan 103 km lebar.

jenis gunung berapi

Sementara itu, kawasan kawahnya (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai caldera) pula mempunyai keluasan 15 km persegi dan kedalam 180 meter. Gunung berapi ini mempunyai bentuk perisai (shield volcano) dan sejak 1843, ianya telah meletus kira-kira 33 kali.

Ketika gunung ini meletus pada tahun 1953 dan 1942, pasukan tentera udara Amerika Syarikat telah bertindak melepaskan berdekatan gunung ini yang bertujuan untuk mengalihkan lalu lava daripada menghampiri bandar Hilo. Gunung Mauna Loa merupakan salah satu gunung daripada rantaian 5 gunung yang terdapat di negeri Hawaii.

Aktiviti Gunung Mauna Moa

magma gunung berapi

Sesetengah pengkaji gunung berapi percaya gunung ini sudah meletus ribuan kali sejak 700,000 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, sejak rekod diambil pada tahun 1843, gunung ini sudah meletus sebanyak 33 kali. Jumlah ini agak tinggi berbanding purata letusan yang dicatatkan oleh gunung berapi yang lain.

Gunung berapi ini sebahagian besarnya terdiri daripada aliran lava yang sangat cair. Kadar letusan gunung berapi di Mauna Loa adalah rendah dan biasanya tidak meletup. Walau bagaimanapun, disebabkan kelikatan rendah lava, letusan biasanya berlaku pada kelajuan yang tinggi. Lava yang dikeluarkannya sangat panas dan kebiasaannya melebihi 1000 darjah selsius.

Salah satu peristiwa letusan gunung ini yang paling menarik adalah ketika letusan berlaku pada tahun 1942. Pada ketika itu, Amerika Syarikat tidak menjangkakan ianya begitu dahsyat. Ketika itu, Amerika Syarikat baru sahaja menyertai Perang Dunia Kedua.

gunung berapi terbesar 470

Lagi malang, letusan itu berlaku hanya 4 bulan sahaja selepas serangan di Pearl Harbor. Apabila berita mengenai letusan gunung Mauna Loa sampai ke pengetahuan kerajaan, mereka telah mengarahkan pihak media tidak menghebohkannya kepada pihak luar. Hal ini mengelakkan negara luar daripada melakukan serangan terhadap mereka yang sedang berada dalam keadaan kacau-bilau.

Aliran lava yang sangat banyak menyukarkan keadaan. Kerajaan sangat khuatir bahawa lava ini akan sampai ke kawasan bandar kecil Hilo dan boleh mengganggu saliran Ola’a, iatiu sumber air utama di Hawaii. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kerajaan telah bertindak melepaskan bom bagi mengubah haluan lava ini.

Program Observatori Gunung Mauna Loa

mauna loa observatory program

Sehingga kini, gunung ini masih menjadi ancaman bagi seluruh penduduk Hawaii. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan program pemantauan gunung ini yang dilakukan daripada pemandangan atas. Selain gunung ini, aktiviti gunung-gunung berapi yang lain juga turut dipantau dari semasa ke semasa dan program observatori ini merupakan sebahagian daripada program Decade Volcanoes Program yang diperkenalkan oleh kerajaan tempatan.

Berbanding gunung berapi lain dimana pelancong boleh menaiki gunung tersebut, adalah mustahil dan merbahaya untuk pelancong mendaki gunung ini memandangkan lapisan luar gunung ini yang dilapisi lapisan magma yang panas dan berlendir.

Kredit:

  1. Britannica Encyclopaedia
  2. WikiPedia
  3. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)