Kita patut berasa bersyukur kerana muka bumi Malaysia hanya mempunyai satu gunung berapi, yang terletak Borneo. Gunung Bombalai yang berketinggian 1,067 meter ini terletak di Tawau dan berusia 27,000 tahun. Bombalai berstatus ""PreHolecene" iaitu gunung berapi berusia lebih 12,000 tahun dan dikategorikan sebagai "Pyroclastic Cone".
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, gunung berapi ini dikatakan tidak aktif, dan kali terakhir ia meletus adalah beribu-ribu tahun yang lalu. iluminasi.com ingin berkongsi antara 6 gunung berapi aktif yang menakutkan di dunia.
1. Sakurajima, Jepun
Dahulunya merupakan sebuah pulau yang terletak di Kagoshima, di daerah Kyushu, Jepun. Namun, selepas letusan gunung berapi yang berlaku pada tahun 1914, pulau tersebut telah bersambung dengan Semenanjung Osumi. Sehingga kini aktiviti gunung berapi ini masih berterusan yang mengeluarkan abu ke kawasan sekitar.
Letusan terbaru adalah pada 5 Februari 2016 dan pada 13 September 2016, pakar daripada Sakurajima Volcano Research Team dan Bristol University telah menganggarkan letusan besar akan berlaku dalam tempoh 30 tahun.
2. Vesuvius, Itali
Terdapat lebih kurang 3 juta penduduk tinggal 8 kilometer daripada gunung berapi aktif di Itali ini, iaitu Vesuvius. Gunung berapi ini merupakan satu-satunya yang pernah meletus di daratan Eropah dalam jangka masa 100 tahun ini. Letusan paling buruk pernah dicatatkan adalah pada tahun 79 AD yang telah menenggelamkan bandar Pompeii dan Herculaneum. Kini, hampir 73 tahun gunung ini tidak meletus, yang memberikan klu bahawa ia akan meletus tak lama lagi.
3. Galeras, Colombia
Gunung Galeras terletak di sebelah bandar yang mempunyai 450,000 penduduk, yang mana sangat membahayakan penduduk sekitar. Bandar Pasto berada betul-betul di cerun bahagian timur Gunung Galeras, yang mana tidak aktif semenjak 1978. Namun ketidakaktifan itu tidak lama bertahan apabila ia meletus kembali pada tahun 1988 dan kemudian sekali lagi pada tahun 1993 yang mengorbankan nyawa 6 orang saintis dalam satu letusan kecil. Letusan kecil ini kemudiannya berterusan selama 20 tahun.
4. Mauna Loa, Hawaii
Terletak di Hawaii, Gunung Mauna Loa adalah gunung berapi aktif terbesar atas muka bumi. Berada pada ketinggian 13,677 kaki dari aras laut, gunung berapi ini telah meletus sebanyak 33 kali dalam masa 200 tahun yang lalu. Kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1984 yang menyebabkan lavanya bergerak sejauh 4 kilometer. Letusan tersebut adalah petanda bahawa ia akan meletus tak lama lagi.
6. Colima, Mexico
Colima adalah gunung berapi yang berpotensi menyebabkan bahaya dan dikatakan sebagai salah satu gunung berapi paling aktif masa kini di Amerika Utara, yang boleh mencabar kehebatan gunung berapi Popocatepl yang terletak di Mexico City. Gunung ini agak jauh dari Mexico City, dengan jarak 482 kilometer, dan dikatakan semakin aktif pada tahun 2016.
Tak semua gunung berapi berbentuk gunung dengan bentuk kon dan terletak di atas gunung. Yellowstone adalah "super volcano" yang paling besar atas muka bumi, yang mana keluasannya adalah seluruh taman tersebut, yang terletak di Wyoming, Amerika Syarikat. Di saat ia menjadi tumpuan pengungjung dari serata dunia, Yellowstone ini hanya sedang menunggu masa untuk meletus. Dan jika ia meletus, mampu meranapkan kawasan sekitar dalam sekelip mata.