Dari zaman purba sehinggalah ke hari ini, gunung berapi tersangat popular dan telah banyak mempengaruhi imaginasi manusia.

Ia wujud di seluruh dunia dan ada di antaranya yang masih aktif dan sudah mati. Dan jika ditanyakan tentang gunung berapi, pasti ramai yang tidak dapat menjelaskan tentangnya melainkan gunung berapi mengeluarkan lava.

iluminasi.com kongsikan 7 fakta tentang gunung berapi yang bukan sahaja menakjubkan tetapi merupakan cara yang menarik untuk memahami dan mempelajari tentang Bumi dan sistem solar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Terdapat 3 jenis gunung berapi di dunia

terdapat 3 jenis gunung berapi

Walaupun gunung berapi boleh berbeza-beza mengikut bentuk, saiz dan ciri-ciri lain, salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan gunung berapi adalah berdasarkan aktiviti yang berlaku.

Terdapat 3 klasifikasi di bawah kaedah ini, iaitu, aktif, tidak aktif dan mati.

Gunung berapi aktif sudah tentulah berada dalam klasifikasi 'aktif' dan boleh meletupkan bila-bila masa.

Walaupun gunung berapi tidak aktif kurang berbahaya daripada gunung berapi aktif, namun ia mempunyai potensi untuk meletus suatu hari nanti.

Gunung berapi yang sudah mati adalah salah satu yang dipercayai tidak mempunyai aktiviti secara kekal, sehingga dianggap tidak lebih daripada sebuah gunung biasa.

Sudah tentu ada definisi lain yang digunakan untuk mengklasifikasikan gunung berapi, seperti berdasarkan ketinggian atau bentuk.

Tetapi, ini adalah set definisi yang paling biasa digunakan untuk menentukan jenis gunung berapi.

2. Gunung berapi tidak hanya wujud di Bumi

gunung berapi tidak ada di bumi sahaja

Gunung berapi tidak eksklusif kepada Bumi sahaja. Sebaliknya, ia boleh ditemui di seluruh sistem suria dan ke atas.

Sebabnya adalah kerana ia wujud di mana-mana planet yang mempunyai teras cair, yang dicirikan oleh magma panas dan jenis cecair yang laing.

Dan memandangkan gunung berapi mempunyai plat tektonik yang terus bergerak, letusan gunung berapi akan berlaku bila-bila masa.

Kita dapat melihat gunung berapi di hampir semua planet utama dan bulan di dalam sistem suria.

Malah di luar sistem solar kita, para saintis telah menemui gunung berapi yang sangat besar. Menurut laporan National Geographic, sebuah planet exo yang dikenali sebagai "55 Cancri" mungkin mempunyai gunung berapi aktif di permukaannya.

3. Gunung berapi tertinggi dalam sistem solar terletak di Marikh

olympus mons di marikh

Salah satu gunung berapi yang paling aktif dalam sistem solar boleh ditemui di Marikh.

Dikenali sebagai Olympus Mons, gunung berapi ini dikatakan mempunyai ketinggian kira-kira 22 kilometer, menurut pengukuran oleh Mars Orbiter Laser Altimeter.

Ini bermakna ia mempunyai ketinggian melebihi 2.5 kali ganda berbanding Gunung Everest yang hanya berketinggian 8.8 kilometer.

Malah, ia tergolong dalam kategori gunung berapi aktif.

Gunung ini pertama kali ditemui pada tahun 1971 oleh kapal angkasa Mariner 9. Ia adalah gunung kedua terbesar yang pernah ditemui dalam sistem solar kita dan merupakan gunung berapi tertinggi di dalam sistem solar.

Harus diingat bahawa Olympus Mons bukan satu-satunya gunung berapi aktif di planet ini. Sebaliknya, Marikh mempunyai banyak gunung berapi di seluruh permukaannya dan kebanyakannya adalah tersangat tinggi.

4. Tanah baru boleh tercipta akibat letusan gunung berapi

letusan gunung berapi bentuk tanah baru

Letusan gunung berapi sering mengakibatkan terciptanya kawasan tanah baru. Hal ini terutama berlaku dalam hal gunung berapi lautan, yang mana magma menyejuk di sekitar dasar gunung berapi dan menjadi keras.

Apabila lava dikeluarkan dari permukaan bumi, perairan di sekitar letusan menyebabkan ia menyejuk dan mengeras.

Akhirnya, letusan gunung berapi menghasilkan pembentukan permukaan pepejal yang luas di mana benih dan tumbuh-tumbuhan lain mula tumbuh.

Tak lama selepas itu, tumbuhan-tumbuhan ini menarik haiwan sekaligus membuatkan ia berubah menjadi sebuah pulau seperti yang lain.

Lebih menarik, tanah yang baru tercipta ini cenderung untuk menjadi sangat subur dan menghasilkan banyak tanaman. 

Pembentukan tanah yang terbaru disebabkan oleh gunung berapi adalah Pulau Sholan dan Pulau Jadid disebabkan aktiviti gunung berapi bawah tanah di Laut Merah.

Pulau Sholan terbentuk pada tahun 2011 dan Pulau Jadid pada tahun 2013. Kedua-dua wilayah ini adalah milik Yaman. Malah, pulau-pulau Hawaii juga terbentuk akibat aktiviti volcano.

5. Salah satu bulan Musytari dipenuhi gunung berapi 

bulan musytari penuh gunung berapi

Di planet Musytari, terdapat sebuah bulan yang diberi nama Io. Ia adalah salah satu bulan yang paling aktif secara geologi dalam sistem solar.

Dengan lebih daripada 400 gunung berapi aktif yang memenuhi permukaannya, terdapat potensi untuk berlaku letupan gunung berapi yang tersangat besar pada bila-bila masa.

Kebanyakan gunung berapi besar ini menghasilkan sulfur dan sulfur dioksida yang boleh naik ke ketinggian lebih dari 500 kilometer dari permukaan tanah.

Sulfur dari gunung berapi ini menjadikan permukaan Io berwarna kuning, hijau, hitam dan merah.

6. Tiub lava dipenuhi dengan berlian

tiub lava dipenuhi berlian

Kerana haba dan tekanan oleh Bumi, berlian terbentuk di dalam kerak bumi. Apabila gunung berapi meletus, ia membawa berlian keluar dari kedalaman yang luas ini.

Sejenis magma yang jarang dijumpai dikenali sebagai kimberlite adalah sejenis batu yang mengandungi serpihan gunung berapi, mineral dan berlian.

Kimberlite mendapat nama dari bandar Afrika Selatan, Kimberley. Ini adalah bandar di mana berlian seberat 16.70 g telah mencetuskan berlakunya "diamond rush" pada 1869.

Tiub gunung berapi pada asasnya adalah tiub di mana lava mengalir. Memandangkan lava sering membawa berlian itu, anda boleh menemui banyak berlian dan bahkan barang kemas dalam tiub ini.

7. Lingkaran Api Pasifik 

lingkaran api pasifik

Lautan Pasifik mempunyai banyak lokasi di mana gerakan tektonik adalah yang paling aktif. Ini telah menyebabkan seluruh rantau ini menjadi tumpuan untuk aktiviti gunung berapi.

Malah, terdapat banyak pulau di seluruh Pasifik yang secara kolektifnya dirujuk sebagai "Ring of Fire" atau "Lingkaran Api Pasifik".

Pergerakan plat, parit lautan, dan rantau yang aktif secara volkanik bertanggungjawab membentuk lingkaran ini.

Ia sangat aktif dalam gempa bumi dan gunung berapi. Lingkaran Api Pasifik meliputi kawasan seluas 40,000 km yang mempunyai bentuk ladam kuda.

Ia terbentang luas dari Chile ke New Zealand. 90% daripada semua gempa bumi (termasuk gempa bumi besar) berlaku sepanjang lingkaran ini.

Pendek kata, ia merupakan antara salah satu kawasan gunung berapi paling aktif di Bumi dan boleh wujud di atas tanah serta di bawahnya.

Rujukan:

1. Space

2. Wired

3. Amazing




Hakcipta iluminasi.com (2017)