Kita di Malaysia seharusnya bersyukur kerana kedudukan negara kita yang bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi. Bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi sangat merbahaya dan telah meragut banyak nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta benda.

Pada bulan Mei 2008, sebuah gunung berapi yang terletak di Chaiten, Chile telah meletup dan mengeluarkan kepulan asap sejauh 17km dan menutupi keseluruhan bandar Chaiten. Kali terakhir gunung ini meletup adalah kira-kira 10000 tahun dahulu. Peristiwa ini berlaku selama beberapa hari, mengakitbatkan kepulan asap setinggi 30km dan telah mencemarkan Chile, Argentina dan Lautan Atantik akibat daripada tiupan angin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gunung berapi chaiten 988

Kredit gambar:AP Photo/La Tercera

Kemudian, apabila hujan turun, kepulan asap ini kemudian telah mencemarkan air sungai dan menyebabkan sungai-sungai menjadi cetek akibat daripada mendapan ke dalam sungai. Walaubagaimanapun, ketika letusan berlaku, tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan penduduk setempat telah berpindah ke tempat lain lebih awal.

Berikut adalah gambar-gambar kesan daripada letusan gunung berapi ini. Kebanyakan rumah telah dilutupi oleh debu-debu daripada gunung berapi:

chaiten

Kredit gambar: Javier Rubilar/Flickr

bandar chaiten

Kredit gambar:Claudius Prößer/Flickr

kesan gunung berapi

Kredit gambar:Claudius Prößer/Flickr

Selepas kejadian ini, kerajaan telah bercadang untuk menempatkan semula penduduk-penduduk Chaiten ke tempat baru yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, ianya mendapat tentangan daripada penduduk setempat dan mereka memilih untuk membuka penempatan baru yang tidak jauh daripada kampong asal mereka. Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 2011 dan sehingga ini, gunung ini menunjukkan tanda-tanda ianya masih aktif.

Kita di Malaysia seharusnya bersyukur kerana kedudukan negara kita yang selamat daripada bencana letusan gunung berapi yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)