Kredit foto: Facebook Berita TV9
Malaysia ingin menuntut semula dana AS$4.5 billion yang hilang melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs Group Inc.
Menerusi temubual bersama Bloomberg TV, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa pembuktian pemilikan wang itu perlu dikemukakan untuk tuntutan tersebut.
"Kerajaan sebelum ini, dalam usaha mengelak tuduhan beberapa penyelewengan, memutuskan bahawa wang itu bukan milik mereka, jadi mereka tidak membuat apa-apa tuntutan. Tetapi kita tahu wang itu adalah milik kita. Ia dari 1MDB," ujarnya.
Tambahnya, skandal 1MDB menggalakkan penyiasatan di seluruh dunia, dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) menyebut lebih AS$4.5 bilion mengalir daripada 1MDB, menerusi rangkaian transaksi yang tidak jelas dan syarikat tidak aktif (shell company).
Menerusi wawancara itu, Tun Dr Mahathir meluahkan kerisauan ke atas komisen besar yang dibayar kepada Goldman Sachs, bernilai AS$593 juta bagi mengatur tiga jualan bon untuk 1MDB.
1MDB membayar yuran 10% kepada bank dan menerima 6% kadar faedah dan kos pinjaman bagi kerajaan adalah hampir 3%.
Sumber:
Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan.