Oleh pada 26 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Jamal Yunos

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipercayai menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri, semalam.

Difahamkan, ketiadaan Datuk Seri Jamal disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang tiba di hospital itu untuk menguruskan proses ikat jamin beliau sekitar pukul 5.30 petang.

Terdahulu, prosiding perbicaraan terpaksa dijalankan di hadapan Majistret Mahkamah Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di wad kerana Datuk Seri Jamal sedang menerima rawatan untuk masalah sakit belakang yang dihadapinya.

Beliau mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan termasuk melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi dalam satu protes di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor, tahun lalu. 

jamal yunos pecah botol arak

Kredit foto: Facebook Jamal Yunos / Astro Awani

Menurut peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin, tindakan Datuk Seri Jamal yang 'hilang' berkemungkinan kerana wujudnya masalah komunikasi dengan anak guamnya itu. 

Tambahnya, beliau bimbang Datuk Seri Jamal berada dalam keadaan tertekan berikutan ia adalah pengalaman pertamanya dalam menghadapi prosedur pertuduhan di luar mahkamah. 

Sumber:

1. Facebook Berita TV9

2. Facebook Astro Radio News

3. Facebook Bernama Radio

4. Facebook Bernama

5. Facebook Front Desk

6. Facebook Bernama News Channel

7. Facebook Kosmo Online

8. Facebook Harian Metro

9. Facebook Utusan Online

10. Facebook Malaysiakini

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)