Oleh pada 31 Jan 2017 kategori

"Azarul cerita, dia berada di alam lain ketika hilang" kata En. Roslie rakan yang tinggal bersama duduk di dalam wad Hospital Kajang malam tadi. Berikut adalah antara cerita-cerita menarik yang dilalui oleh Azarul Mukhriz, 20 yang hilang ketika mendaki Bukit Broga.

Di sana, saya dijaga oleh penduduk yang kebanyakannya berpakaian serba putih. Dalam banyak-banyak orang di situ, saya cuma nampak ada dua orang perempuan sahaja. Cantik! sangat cantik. "Bagaikan bidadari" katanya lagi. Tak tahu nak digambarkan macam mana. Lebih cantik dari artis-artis korea yang saya minati malah jauh lebih cantik dari Malaysia First Lady.

Salah seorang dari perempuan cantik tu mengajak saya kahwin. Tapi banyak pula syaratnya. Pada permulaan, seronoklah juga saya tiba-tiba rezeki datang bergolek macam tu. Tengok-tengok, dia tak bagi saya pulang jumpa ibu dan bapa saya. Apa ke gila tak bagi jumpa ibu dan bapa? "Ibu saya lahirkan saya kot" tokok tambah penulis.

gadis berbaju putih di dalam hutan

Kata perempuan cantik itu, kalau saya pulang berjumpa ibu dan bapa saya, saya akan jadi gila secara tiba-tiba. Ada juga saya terfikir, kalau saya pulang berjumpa abang saya sahaja tanpa berjumpa mak dan ayah, adakah terbatal terma dan syarat bunian tersebut? Tapi saya tidak suarakan soalan saya kepada mereka. Paling pelik sekali, wanita cantik itu kata kalau saya langgar syarat, dia akan jadi cacat.

Saya tak pasti nak tergelak ataupun tidak. Tetapi itulah hakikatnya. "Saya yang langgar syarat, dia pula jadi cacat. Kui kui kui" gelak penulis menggambarkan situasi berada di tempat Azarul Mukhriz.

puteri bunian bukit broga azarul mukhriz hilang sesat 2

Setiap hari wanita cantik itu ajak Azarul kahwin. Tetapi Azarul tetap menolak. Sampai hari ke tujuh pun masih diajak-ajak lagi. Hal ini tidak dipastikan samada Azarul sudah berpunya atau belum. Ada netizen menyuarakan pendapatnya "Oh mungkin Azarul sudah ada teman wanita agaknya. Kasihan wanita bunian itu".

Selepas bosan mengajak Azarul berkahwin, pada hari ketujuh Azarul dilepaskan. Azarul pun pulang ke realiti. Katanya lagi, kalau saya tak pulang masa tu, maknanya saya memang jadi penduduk tetap sana lah. 

azarul mukhriz

Azarul juga ada menceritakan bahawa penduduk di sana tidak bekerjaya. Mereka solat seperti kita. Cuma disana manusia dilarang berak (buang air besar) merata-rata. Buang air kencing tidak mengapa. Pelik juga mereka. Tapi mereka bagus sebab mereka asyik beribadat sahaja. Tidak seperti kita yang terkejar-kejar dunia.Sebenarnya, sebelum mendaki Bukit Broga, Azarul Mukhriz ternampak sosok budak kecil memanggil-manggilnya dan menunjukkan arah jalan. Budak kecil itu memberikan pilihan samada ke jalan kanan ataupun jalan kiri. Azarul memilih jalan kiri. "Azarul Rebellious!" tokok tambah penulis lagi.

Ini lah antara yg diceritakan oleh Azarul kepada Roslie sewaktu di dalam wad yang sama malam tadi. Cerita ini diceritakan kembali oleh Roslie, kemudian diceritakan pula oleh netizen dan akhirnya diceritakan pula oleh penulis.

"Wallahualam"




Hakcipta iluminasi.com (2017)