Jika anda peminat atau pemain permainan video tegar, anda semestinya pernah mendengar ayat, "Main game takkan ke mana pun!", kan?

Biasanya dalam mana-mana masyarakat, ibu bapa tidak begitu menggalakkan anak-anak terlalu fokus bermain permainan video dengan alasan ia akan menganggu pelajaran dan hanya menghabiskan masa.

Namun, zaman telah banyak berubah dan permainan video bukan hanya satu aktiviti mengisi masa lapang apatah lagi membuang masa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kini, terdapat ramai individu yang telah berjaya menjadi gamer yang berjaya dan membuktikan segala tanggapan buruk terhadap isu ini adalah salah.

faris zakaria atau soloz beli ford mustang gt500

Malah, ramai pemain permainan video telah menjadi jutawan dengan memenangi pertandingan yang dianjurkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dan yang terbaru, seorang gamer tempatan yang baru sahaja membeli sebuah kereta mewah iaitu Ford Mustang.

Faris Zakaria, 27, atau lebih dikenali dengan nama Soloz, telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan permainan mudah alih, di samping melakukan streaming permainan PUBG dan Mobile Legends secara dalam talian.

faris zakaria atau soloz beli ford mustang gt500 2

Walaupun ramai yang tidak berfikiran bahawa bermain game juga boleh menjadi satu kerjaya, Soloz membuktikan bahawa usahanya dalam sukan elektronik ini juga mampu menjana pendapatan lumayan.

Dalam Sukan Asia Tenggara 2019 (Sea Games 2019) di Filipina, pasukan Soloz iaitu Team Bosskurr yang mewakili Malaysia telah membawa pulang pingat gangsa dalam kategori Mobile Legends: Bang Bang.

Ini adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa dan sudah pastinya membanggakan Malaysia. 

team bosskurr yang diketuai soloz

Cerita menjadi virus di media sosial beberapa hari yang lalu, apabila Soloz berkongsi bahawa dia telah membeli Ford Mustang dari bilik pameran kereta di Bangsar pada 4 Februari.

Sering kali dipuji kerana sangat rendah diri, Soloz telah mengunjungi bilik pameran kereta dengan memakai sepasang selipar jepun untuk melihat kereta idamannya iaitu Ford Mustang GT500 merah pada 28 Januari.

Dan seminggu kemudian, beliau kembali ke bilik pameran kereta tersebut untuk membeli GT500 menggunakan wang hasil kerja kerasnya sebagai atlet E-sukan.

soloz hanya memakai selipar ketika mengunjungi bilik pameran ford 521

Orang ramai kerap salah faham tentang gamer, beranggapan bahawa bermain game adalah mudah dan ia "hanyalah satu permainan".

Apa yang mereka tak tahu adalah gamer profesional berlatih dengan begitu bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri dan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan.

Malah, mereka ini mempunyai jurulatih yang dibayar gaji untuk melatih mereka.

Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai mentaliti bahawa game hanyalah satu permainan, ini masanya untuk anda mengubah pemikiran tersebut.

Rujukan: 

1. Elite Readers

2. World of Buzz

3. AFK Gaming




Hakcipta iluminasi.com (2017)