Oleh pada 20 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @missmimilana

       

Empat tahun menyulam cinta, pelakon Syafiq Kyle menafikan dakwaan menyorok hubungan bersama aktres Mimi Lana.

Syafiq yang ditemui sewaktu rumah terbuka anjuran kelab peminatnya, Skylovers Fans Club di The Port Bandar Utama, Damansara pada Ahad, berkata dia sekadar tidak menghebahkan perkara itu kepada umum walaupun ramai yang sudah mengetahuinya.

"Saya tak sorok kisah cinta saya... Sembunyikan pun tidak. Cuma, saya tak pernah kongsikan kisah peribadi kerana tiada apa yang perlu dihebahkan.

"Sebenarnya, ramai yang tahu saya menjalin hubungan dengan Mimi. Tahun ini usia hubungan kami memasuki tahun yang keempat," katanya.

Tambahnya, dia dan Mimi bagaimanapun kurang bersedia untuk bergandingan dalam mana-mana sesi fotografi kerana tiada kisah yang ingin dikongsikan.

"Cuma, jika ada yang mahu menggandingkan kami dalam satu sesi fotografi, kami agak keberatan kerana tak banyak perkara yang boleh dikongsikan.

"Melainkan jika kami digandingkan dalam satu naskah, barulah ada perkara yang boleh diperkatakan nanti," katanya.

Sementara itu, pelakon Bukan Cinta Aku itu tidak bersetuju akan mitos 'saham' seseorang artis akan merudum selepas mempunyai pasangan.

      

sudah 4 tahun bersama mimi lana ini pendedahan lanjut syafiq kyle 2

Kredit foto: Instagram @syafiqkylez

      

"Saya tak rasa begitu. Saya sangat bertuah kerana mempunyai kelompok peminat setia, Skylovers Fans Club yang begitu menghargai dan menyokong kerjaya seni saya.

"Apa yang saya perhatikan, peminat saya menggemari lakonan yang saya tonjolkan. Mereka yang kekal setia dengan saya adalah mereka yang menggemari lakonan saya," katanya.

Malah, beliau akui masih menerima sokongan berterusan peminat walaupun pernah berdepan kontroversi hangat sebelum ini.

"Biarpun saya pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi, mereka masih menyokong dan berada utuh di belakang saya.

"Jadi, bagi saya, peminat sebegini merupakan peminat yang berkualiti. Saya juga tak menghalang jika mereka menjadi peminat artis-artis lain juga," katanya.

      

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)