Oleh pada 07 Apr 2017 kategori

Darlie merupakan jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley & Hazel dan  berpengkalan di Shanghai sejak 1933. Sebelum bertukar nama, ianya dikenali sebagai "Darkie". Perkataan  "Darkie"  sangat popular di Amerika dan eropah, yang merujuk kepada kaum berkulit hitam. Ini menimbulkan ketegangan orang kulit hitam pada masa itu, kerana beranggapan ianya mengandungi unsur perkauman. Sehinggalah nama "Darkie" diubah kepada  "Darlie". 

BESARKAN TEKS     A-  A+

evolusi produk darlie

Bukan itu saja, malah logo orang berkulit hitam pada kotak juga turut ditukar kepada logo yang lebih sopan. Hakikatnya, nama "Darlie"  itu sendiri membawa maksud "black person" dalam bahasa cina. Anda boleh google perkataan Darlie dan terjemahkan kepada bahasa cina. Walau apa pun maksud yang tersirat, jenama Darlie turut menjadi antara jenama ubat gigi terkenal di Malaysia. Mereka bersaing dengan satu lagi nama besar Colgate.  Sungguhpun mereka bersaing, namun kedua-dua nama besar ini adalah dibawah satu naungan, setelah syarikat Hawley & Hazel menjual 50 peratus sahamnya kepada syarikat Colgate-Palmolives pada 1990.

2000px colgate palmolive logo svg

Setelah perubahan nama dan logo, ubat gigi tersebut melabarkan pasaran ke beberapa negara Asia, termasuk Singapura, Malaysia dan Thailand dimana nama dan logo mereka dianggap tidak lagi ofensif.   Colgate-Palmolives mengumumkan bahawa produk mereka tidak akan dijual diluar asia. Pada 1989, produk mereka telah masuk ke pasaran Taiwan 75%, Singapura 50%, dan 30% lagi di Malaysia.

no4 hcfr b018

Jadi, usahlah anda berdebat dengan isteri anda mengenai jenama ubat gigi mana yang lebih baik. Realitinya, mereka datang dari kilang yang sama, cuma berbeza dari segi branding dan packaging sahaja. Mujurlah Darlie menukar kepada logo yang lebih ceria, jika tidak, mungkin  ia menghantui anak-anak anda untuk masuk ke tandas. Mana tidaknya, anda nilailah sendiri logo mereka yang sebelumnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)