lisa surihani sayu lihat keadaan yahaira selepas kelahiran yusof 313

Kredit foto: rojakdaily.com

Pelakon yang digelar Malaysia's sweetheart, Lisa Surihani kini sedang berpantang setelah melahirkan anak keduanya, Yusof Leonne baru-baru ini

Menurut Lisa Surihani, berpantang mampu menjaga diri para ibu untuk mengembalikan tenaga dan menyihatkan semula tubuh badan dalaman selepas bersalin.

Jujurnya, saya suka berpantang dan tiada sebarang isu mengenai perkara itu. Saya anggap, ia seperti aktiviti penjagaan diri untuk kembali sihat dan bertenaga.

 Saya perlu mementingkan kesihatan diri agar dapat menjaga anak-anak saya dengan baik. Ibaratnya, ia seperti mengecas semula badan kita.

Dalam hal yang lain, Lisa turut memberitahu bahawa kelahiran Yusof juga mempengaruhi emosi anak pertamanya, Yahaira Leanne.

Yahaira masih lagi dalam proses membiasakan diri dengan kehadiran Yusof. Dia kini nampaknya lebih manja dengan saya sejak adiknya dilahirkan.

Pada mulanya, Yahaira nampak biasa saja, tetapi apabila melihat saya menyusukan Yusof, dia terkejut dan mula menangis.

Terasa sayu pula hati melihat keadaan berkenaan. Apapun, sekarang ini masih terlalu awal untuk membuat rumusan, dan lima bulan lagi Yahaira akan menginjak ke usia dua tahun.

Saya percaya, dia mampu menjadi kakak yang baik.

lisa surihani sayu lihat keadaan yahaira selepas kelahiran yusof 1

Sumber: BH Online & beritamemey.blogspot.com


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)