Oleh pada 08 Feb 2019 kategori

Lirik

Lagu: Haram

Penyanyi: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong (Nova Music, Replay Music)

Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong (Nova Music, Replay Music)

            

VERSE 1

Selalu salah salah salah aku

Memilih cinta aku dulu

Mati rasa aku  

Dan benar benar benar kali ini

Memilih kamu mencintai aku

              

PRE-CHORUS

Rahsiakan cinta ini

Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti

              

CHORUS

Oh biar rasa ini

Tersimpan hanya untuk aku

Kamu saja tahu

Oh biar rasa ini

Hanya sekadar engkau tahu

Aku ada bila perlu

              

VERSE 2

Ternyata benar benar kali ini

Memilih kamu mencintai aku

            

PRE-CHORUS

CHORUS

              

BRIDGE

Kan ku haramkan hati selain diri ini

hu... hu... ho-oh...

Hanya kita berdua

             

CHORUS

Kita saja tahu

Kita saja tahu

          

lirik lagu haram hael husaini dayang nurfaizah 2

          

Info Hael Husaini

  • Pemilik nama penuh Hal Husaini bin Razmi.
  • Lahir pada 10 Disember 1987 di Negeri Sembilan. Berusia 32 tahun (2019).
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Penyanyi Pop dan R&B. Juga merupakan komposer dan penulis lirik.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
  • Pernah menyertai ujibakat rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada 2006, bergelar protege kepada penyanyi Jaclyn Victor dalam program Mentor TV3 serta meraih kedudukan kedua di Akademi Fantasia musim kesepuluh.
  • Bekas anggota kumpulan duo, Evo (bersama Erul/Hyrul sewaktu bertanding di Mentor) dan kumpulan Azhael (bersama Azhar Osman).
  • Mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Helena.
  • Antara lagu hitsnya seperti Jampi, Haram (duet bersama Dayang Nurfaizah) dan Hajat.

           

Info Dayang Nurfaizah

  • Pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty. Dikenali ramai sebagai Dayang Nurfaizah atau DN.
  • Lahir pada 20 Julai 1981 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kini berusia 38 tahun.
  • Membawakan genre muzik Pop, R&B dan Balada.
  • Merupakan penyanyi, penerbit rakaman dan penulis lagu.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1998.
  • Bernaung di bawah label syarikat rakaman Delima Records pada 1999, Broadway Entertainment (2000-2002), DNAD (2003-kini), New Southern Records - edaran (2005-2009) dan Universal Music - edaran (2011-kini).
  • Bakatnya dicungkil di usia 17 tahun selepas menjuarai pertandingan nyanyian lagu berbahasa Inggeris, Golden Teen Search 1997 yang kemudiannya menambat hati komposer terkenal, Adnan Abu Hassan untuk menerbitkan album studio sulungnya berjudul Dayang Nurfaizah.
  • Antara lagu-lagu hits Dayang sepanjang pembabitan dalam dunia nyanyian seperti Hakikat Cinta, Seandainya Masih Ada Cinta, Bahagia, Pintaku Yang Terakhir, Untuk Sementara, Erti Hidup, Mana Mungkin, Hembusan Asmara, Dayang Sayang Kamu, Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah,  Lelaki Teragung, Separuh Mati Ku Bercinta, Haram (duet bersama Hael Husaini) dan banyak lagi. 

             

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Instagram TV3 Malaysia

3. Instagram Dayang Nurfaizah

4. Youtube Rocketfuel Network

5. Youtube TV3 Malaysia Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)