Eropah kini menjadi pusat epidemik COVID-19. Jumlas kes dan kematian melonjak di Itali, Sepanyol, Perancis, dan Jerman dan banyak negara telah mengenakan lockdown dan menutup laluan keluar masuk negara.

Sementara itu, usaha Amerika Syarikat pula terjejas oleh masalah dengan kit ujian yang tertangguh dan rosak yang hanya akan melambatkan proses ujian saringan COVID-19. Sebahagian pakar percaya negara AS berada pada trajektori yang sama seperti negara negara lain di Eropah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beberapa minggu yang lalu, Korea Selatan menyaksikan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak. Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan berpunca daripada kultus ajaran sesat Shincheonji yang menggalakkan pengikutnya menyebarkan virus ini. 

Di tengah-tengah trend ini, Korea Selatan telah muncul sebagai harapan dan model untuk dikuti oleh negara lain. Negara ini telah berjaya memperlahankan penularan epidemik ini dengan laporan hanya 74 kes baru pada 17 Mac, turun daripada 909 sewaktu puncaknya pada 29 Februari.

Lebih menarik, kerajaan telah melakukannya tanpa perlu mengisytiharkan kawalan pergerakan atau lockdown. Jadi, apakah rahsianya?

Kebergantungan pada teknologi

aplikasi covid 19

Notifikasi yang memaklumkan sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 di kawasan sekitar

Korea Selatan sedang memerangi koronavirus (COVID-19) dengan bergantung pada teknologinya. Negara ini mempunyai platform digital maju untuk perlombongan Big Data dan kecerdasan buatan (AI).

Dengan menggunakan analisis Big Data, sistem amaran awal AI, dan metodologi pemerhatian yang intensif, Korea Selatan telah berjaya membawa keadaan coronavirus di negara ini berada dalam kawalan dalam masa yang singkat.

Platform Big Data yang dikendalikan oleh kerajaan menyimpan maklumat semua warganegara dan warga asing yang tinggal dan mengintegrasikan semua organisasi kerajaan, hospital, perkhidmatan kewangan, pengendali mudah alih dan perkhidmatan lain ke dalamnya.

Korea Selatan menggunakan analisis, maklumat dan rujukan yang disediakan oleh data bersepadu ini - semua tindak balas dan maklumat masa nyata yang berbeza yang dihasilkan oleh platform akan disampaikan dengan segera kepada rakyatnya yang menggunakan pelbagai aplikasi berasaskan AI.

penularan covid 19

Setiap kali seseorang diuji positif untuk COVID-19, semua orang di sekitarnya disediakan dengan butiran perjalanan, aktiviti, dan peta perjalanan individu yang dijangkiti untuk dua minggu sebelumnya melalui pemberitahuan mudah alih yang dihantar melalui sistem noifikasi di telefon pintar.

Perkhidmatan kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan menerima maklumat mengenai kenalan orang tersebut, menjadikannya lebih mudah untuk mengesan mereka yang telah mempunyai kontak rapat dengan pesakit, dan mengarahkan mereka datang membuat ujian saringan.

Penggunaan AI memastikan pelaksanaan segera semua langkah ini. Hospital, perkhidmatan ambulans, makmal ujian mudah alih - semuanya bergantung kepada sektor IT dan teknologi untuk menyampaikan perkhidmatan segera dan cekap. 

Kewujudan pusat saringan pandu-lalu

pusat saringan pandu lalu

Korea Selatan juga memperkenalkan ujian coronavirus pandu-lalu di mana seseorang boleh memandu kereta ke sebuah makmal ujian bergerak, memberikan sampel semasa duduk di dalam kenderaan, dan mendapat keputusan ujian dalam masa beberapa minit.

Sekiranya didapati dijangkiti, mereka segera dikuarantin dan dibawa ke kemudahan rawatan khusus. Banyak makmal pandu-lalu di serata negara terutamanaya di kawasan bandar, dijalankan dengan kemudahan 5G yang disediakan oleh pengendali mudah alih. 

Mereka yang memandu di jalan raya diberitahu tentang makmal pandu-lalu terdekat di mana mereka boleh menjalani ujian perubatan. Jika mana-mana individu yang dijangkiti tinggal atau bekerja di sebuah bangunan besar, pusat perubatan sementara ditubuhkan di sana untuk memberikan ujian perubatan kepada semua penghuni atau penduduk  setempat.

Kawalan harga barangan keperluan 

pusat saringan covid 19

Kerajaan telah melaksanakan peraturan dan reka bentuk berasaskan AI untuk memastikan bekalan dan pengedaran topeng dan barang pencegahan lain lebih efektik, seterusnya mengelakkan penduduk membuat pembelian panik. Setiap orang boleh menggunakan kad ID mereka untuk membeli dua topeng pada satu masa dari farmasi  berdekatan.

Walaupun beberapa minggu telah berlalu sejak wabak itu bermula di negara ini, tidak ada peningkatan mendadak dalam harga keperluan harian seperti beras, minyak, makanan bayi, dan lain-lain.

Kemudahan data dengan bantuan Big Data dan AI ini telah membolehkan Korea Selatan menentukan atau memutuskan untuk mengambil inisiatif mengenai aspek yang berkaitan. Banyak negara tidak mempunyai platform data digital sebegini atau kebolehan dan logistik teknologi yang mencukupi untuk mempraktikkan perkara sama.

Dalam ucapannya kepada rakyat negara itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun menekankan perlunya setiap rakyat berjaga-jaga tanpa menjadi panik dan menyatakan bahawa semua orang berada dalam risiko untuk dijangkiti.

Belajar daripada wabak MERS

mers korea selatan 25

Korea Selatan mengetahui betapa pentingnya mempunyai persediaan rapi dan berjaga-jaga dalam menghadapi segala kemungkinan. Pada tahun 2015, seorang usahawan Korea Selatan yang telah menghidapi Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) selepas kembali dari lawatan ke tiga negara Timur Tengah.

Dia telah dirawat di tiga pusat kesihatan Korea Selatan sebelum dia didiagnosis dengan MERS dan mula kuarantin. Pada masa itu, beliau telah menyebabkan rangkaian penularan dengan menjangkiti 186 pesakit dan membunuh 36 pelawat hospital dan kakitangan hospital

Usaha mengesan, membuat saringan dan kuarantin yang  melibatkan hampir 17,000 orang berjaya menghalang penularan wabak itu selepas 2 bulan. Kesan daripada wabak itu sudah cukup menakutkan kerajaan sehingga menyebabkan Korea mengalami krisis ekonomi. 

Pengalaman daripada MERS itu menunjukkan bahawa ujian makmal adalah penting untuk mengawal penyakit berjangkit yang baru muncul. Pengalaman daripada MERS telah membantu Korea Selatan memperbaiki aspek pencegahan dan kawalan jangkitan di hospital.  Setakat ini, tiada laporan jangkitan COVID-19 di kalangan pekerja kesihatan di Korea Selatan .

Kredit:

  1. Science Mag
  2. Bloomberg
  3. FORBES
  4. Wired



Hakcipta iluminasi.com (2017)