Oleh pada 09 Feb 2018 kategori

Sumber foto: BH Online

 

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) diramal akan mengambil tindakan ke atas segelintir pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) kerana dipercayai masih lagi memiliki kes tunggakan gaji pemain yang belum dilangsaikan.

Berasaskan informasi yang dihebahkan menerusi media sosial, sejumlah 4 pasukan iaitu Perak (satu), Kelantan (empat), Melaka United (dua) dan PKNS FC (satu), didakwa memiliki kes dengan badan induk dunia berkenaan. 

Sementara itu, sejumlah 4 pasukan Liga Super iaitu PKNS FC (satu), Kelantan (dua), Pahang (satu) dan PKNP FC (dua), juga memiliki kes tunggakan gaji dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Malah, sejumlah 4 pasukan daripada Liga Perdana juga mengalami masalah yang serupa dimana Kuantan FA mempunyai 6 kes FIFA dan 21 kes FAM manakala Sarawak (1 kes FIFA, 2 kes FAM), Pulau Pinang (1 kes FIFA, 3 kes FAM) dan Felcra (2 kes FAM).

Sejumlah 2 pasukan daripada Piala FAM menunjukkan ATM satu kes dengan FIFA manakala Perlis dua kes FIFA dan satu kes FAM. 

Datuk Haizan Murad selaku Timbalan Presiden Felcra FC bagaimanapun menyangkal hal itu dengan menjelaskan pasukannya tidak menghadapi isu tunggakan gaji pemain. 

“Mana ada (gaji pemain tertunggak). Gaji pemain (November) sudah dibayar pada Disember lalu. Saya fikir ini adalah disebabkan peralihan akaun di mana kami sebelum ini beraksi dalam Piala FAM pada musim lalu dan musim ini kami bermain dalam Liga Perdana. 

“Jika anda tidak percaya anda boleh tanya sendiri kepada pemain. Kami memang tidak mempunyai masalah tunggakan gaji,” ujarnya kepada Utusan Malaysia semalam.

Untuk rekod, bekas import Kelantan, Erwin Carrillo yang dahulunya mewakili skuad The Red Warrior sepanjang tempoh semusim pada tahun 2015 telah membawa isu tunggakan gaji yang ditempuhi ke badan induk bola sepak dunia dan kes itu tamat dengan pertolongan daripada FAM. 

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)