gaji pemain bola sepak bocor pfam mahu tindakan diambil

Sumber foto: Astro Awani / Media sosial

Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengecam perbuatan beberapa orang tidak bertanggungjawab yang bertindak menghebahkan senarai gaji pemain skuad Liga Super Kedah bagi musim 2018 sehingga menjadi tular.

Menurut Ahmad Fauzi Saari selaku Setiausaha PFAM, hal berhubung gaji adalah topik yang terlalu sensitif dan kebocoran butir-butir tersebut merupakan pencabulan privasi ke atas pemain.

Beliau memberitahu perbuatan tersebut merupakan sesuatu yang tidak profesional dan bersalahan dengan nilai integriti serta prinsip profesionalisme yang diutamakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pentadbir Liga Malaysia, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

"Ia boleh memberi ancaman keselamatan kepada pemain dan keluarga pemain. Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya maklumat yang dipaparkan itu adalah tidak benar, sekali gus memberi kesan negatif kepada pemain," jelasnya menerusi kenyataan semalam.

Justeru itu, PFAM menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bertanggungjawab bagi menghindari hal serupa berlaku lagi di masa akan datang.

Senarai gaji pemain skuad Liga Super Kedah tersebut tular di laman sosial Facebook semalam.

Sumber berita: BernamaKosmo Online


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)