Menjadi paparan muka depan permainan video FIFA adalah penghormatan besar bagi seorang pemain bola sepak dalam kerjayanya selain anugerah Ballon d'Or. Sebelum ini, pemain-pemain terkenal seperti Lionel Messi, Christiano Ronaldo dan Ronaldinho terpilih untuk penghormatan ini.

Namun, satu misteri dikatakan telah menyelubungi pemain-pemain bola sepak yang pernah menjadi paparan muka depan FIFA. Pelbagai nasib buruk menimpa mereka sehingga ia dinamakan 'Sumpahan muka hadapan FIFA'. Berikut adalah senarai beberapa pemain yang mengalami nasib malang akibat "sumpahan" ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. David Beckham – FIFA: Road to the World Cup 98

david beckham fifa 98

Adalah tidak mengejutkan apabila pemain England yang sedang melonjak naik, David Beckham, dipilih menjadi paparan muka depan FIFA edisi Piala Dunia. Namun, pemain perancang Manchester United itu bakal mengalami pengalaman pahit dalam hidupnya.

Ketika England bertemu Argentina dalam perlawanan 16 pasukan terakhir, Beckham membalas kekasaran yang dilakukan oleh Diego Simeone sehingga dilayangkan kad merah. Akibat insiden itu, Beckham dibenci selama bertahun-tahun lamanya. Malah, patung mainan menyerupainya dibakar peminat dan dianggap sebagai punca kekalahan England pada Piala Dunia 1998.

2. Dennis Bergkamp – FIFA 99

fifa 99 dennis bergkamp

Liga Perdana Inggeris 1998/99 bukanlah musim terburuk Bergkamp apabila Arsenal bersaing sengit sehingga perlawanan terakhir dengan juara liga, Manchester United, dengan perbezaan 1 mata sahaja.

Namun, nasib malang Bergkamp bermula apabila dia tersasar sepakan penalti pada perlawanan Separuh Akhir Piala FA menentang Manchester United yang menyaksikan Ryan Giggs menjaringkan gol kemenangan. Ia adalah penalti terakhir yang diambil Bergkamp dalam kerjayanya.

3. Fernando Morientes – FIFA 2005

fifa 05 704

Agak mengejutkan apabila Morientes disertakan sebagai paparan muda depan FIFA 2005 bersama-sama Patrick Vieira dan Andriy Shevchenko. Namun, kempen 2004/05 merupakan musim suam-suam kuku bagi pemain kelahiran Sepanyol itu.

Apabila penyerang Liverpool, Michael Owen, berhijrah ke Real Madrid pada tahun itu, Morientes telah dipinjamkan ke Liverpool sebagai sebahagian daripada perjanjian. Malangnya, dia hanya menjaringkan enam gol dalam 36 perlawanan musim itu. Ia bukanlah kualiti untuk menjadi pemain muka depan FIFA.

4. Wayne Rooney – FIFA 2006

fifa 06

Semua berjalan dengan lancar untuk Rooney pada musim 2005/06. Walaupun Chelsea menjadi juara Liga Perdana Inggeris pada tahun itu, Rooney berjaya memenangi pingat pertamanya sebagai pemain Man United ketika mereka menang Piala Liga.

Apabila Paulo Ferreira mematahkan tulang pada jari kakinya pada April 2006, segalanya tidak sama lagi. Walaupun dia berjaya pulih sebelum Piala Dunia 2006 tetapi gagal mempamerkan aksi yang sama dan tidak berjaya menjaringkan sebarang gol. Rooney turut dilayangkan kad merah ketika menentang Portugal kerana mengasari Ricardo Cavalho.

5. Theo Walcott – FIFA 2010

fifa 10

Pada mulanya, Theo Walcott dilihat sebagai bakat besar dalam dunia bola sepak. Dia mula membuat kejutan apabila disenaraikan menyertai pasukan England di bawah kelolaan Sven-Goran Eriksson pada Piala Dunia 2006.

Namun, semuanya tidak seperti yang diharapkan. Penampilan Walcott pada muka depan FIFA 2010 berakhir dengan kekecewaan apabila dia tidak disenaraikan dalam pasukan England dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

6. Kaka – FIFA 2011

fifa 11

Pemain tengah Brazil ini begitu cemerlang dan digeruni pihak lawan ketika menyarung jersi AC Milan. Namun, kempennya bersama Real Madrid pada tahun 2010/11 amat mengecewakan. Dia hanya beraksi dalam 14 perlawanan liga sahaja.

Kecederaan demi kecederaan yang dialaminya membantutkan usahanya untuk serasi bersama Real Madrid. Tidak lama selepas itu Kaka dijual semula kepada AC Milan dan pembeliannya merupakan satu kerugian besar buat kelab gergasi Sepanyol itu.

7. Jack Wilshere – FIFA 2012

fifa 12

Jack Wilshere adalah bakat muda England yang mempunyai harapan besar untuk bersinar. Dia merupakan pemain Arsenal paling muda diturunkan untuk permainan liga. Malah, dia turut dianugerahkan Pemain Muda Terbaik PFA tahun 2011.

Namun, sumpahan ke atasnya bermula apabila dia menjadi pemain muka depan untuk FIFA 2012 bersama Wayne Rooney. Pada tahun itu, Wilshere mengalami kecederaan sehingga dia tidak diturunkan walau satu perlawanan liga sepanjang musim 2011/2012.

8. Eden Hazard – FIFA 2015

fifa 15

Eden Hazard adalah pemain yang sangat mengagumkan semasa liga musim 2014/15 bersama Chelsea. Dia berjaya meraih anugerah Pemain Terbaik Musim apabila Chelsea dinobatkan sebagai Juara Liga.

Namun, musim 2015/16 menyaksikan pemain Belgium itu bergelut dengan masalah prestasi. Dia gagal menjaringkan sebarang gol selama 30 perlawanan. Dia akhirnya berjaya menjaringkan satu gol ketika menentang kelab liga bawahan dalam Piala FA tetapi gagal menjaringkan sebarang gol liga sehingga April 2017. Pada musim berikutnya barulah Hazard kembali pada prestasi terbaiknya. 

9. Jordan Henderson – FIFA 2016

fifa 16

Semua orang terkejut apabila Jordan Henderson diumumkan sebagai pemain yang akan menjadi muka hadapan FIFA 16 bersama-sama Lionel Messi melalui undian.

Namun, Henderson juga terkena sumpahan muka hadapan FIFA apabila dia cedera sebelum England berlepas ke Perancis untuk bersaing dalam pertandingan Euro 2016. Dia berjaya pulih dan sempat bermain satu perlawanan sahaja sebelum England tersingkir akibat kalah kepada Iceland.

10. Marco Reus – FIFA 17

fifa 17

Penyerang Borussia Dortmund ini tidak dinafikan sebagai pemain yang handal dan sangat popular di kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia. Namun, ini tidak bermakna dia tidak akan dihantui sumpahan muka hadapan FIFA.

Malang menimpa Reus sejurus selepas dia diundi sebagai muka hadapan untuk FIFA 2017. Dia hanya bermain 24 perlawanan sahaja sebelum lututnya sekali lagi cedera, mengakibatkan dia direhatkan selama hampir lapan bulan lamanya.

fifa 20

Walaupun Christiano Ronaldo berjaya memecahkan sumpahan ini apabila menjadi paparan muka depan FIFA 18 dan FIFA 19 tanpa sebarang nasib malang, sumpahan ini dijangka kembali menghantui semula apabila Eden Hazard dipilih menjadi pemain muka hadapan FIFA 2020.

Hazard belum lagi menunjukkan prestasi sebenar sejak berpindah ke Real Madrid dari Chelsea.

Rujukan:

1. Pemain yang terkena Sumpahan Muka Hadapan FIFA

2. Nasib malang pemain muka hadapan FIFA




Hakcipta iluminasi.com (2017)