Oleh pada 03 Mar 2017 kategori

naoyuki oi

Baru-baru ini seorang lelaki Jepun telah bertanding dalam World Pool Master di Gibraltar. Pada pusingan awal di mana beliau menang selepas menentang lawan dari China, Naoyuki Oi telah ditemuramah oleh wartawan dari Sky Sports dalam bahasa Inggeris.

Dalam temuramah itu, Naoyuki Oi yang kurang fasih berbahasa Inggeris telah memperkenalkan dirinya. Kemudian, setelah ditanya soalan berkenaan kemenangannya, beliau menjawab dengan menggunakan baris lagu "Pineapple Pen."

Karakter uniknya itu masih berterusan walaupun beliau telah kalah dalam pusingan berikutnya pada peringkat suku akhir. Apabila ditemuramah sekali lagi, Naoyuki masih dalam keadaan ceria walaupun tewas dan menyatakan yang beliau perlu pulang ke Jepun.

Seperti yang kita ketahui, rata-rata orang Jepun memang hanya menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja sebagai bahasa pengantar dan kurang fasih berbahasa Inggeris. Namun, watak dan gaya Naoyuki telah berjaya mencuri hati ramai orang yang menonton. Mereka tidak kisah dengan kebolehannya berbahasa Inggeris dan mengatakan sikap positifnya itu telah menceriakan kehidupan ramai orang.

Yang penting, dia happy!


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)