kumpulan kiroro ketika ini

Entah kenapa setiap kali terdengar sahaja lagu ini, pasti ia membuatkan anda meremang bulu roma, kemungkinan besar kepada generasi yang lahir pada tahun 1980 dan 1990-an.

Lagu "Mirai E" adalah boleh dikatakan sebagai lagu Jepun paling popular satu ketika dahulu. Ia dipopularkan oleh kumpulan duo iaitu Kiroro pada tahun 1998.

Kiroro membuat kemunculan pertama pada tahun 1996 sebagai band independen yang terdiri daripada 2 orang gadis iaitu Chiharu Tamashiro dan Ayano Kinjō yang berasal dari Yomitan, Okinawa.

Asal usul nama "Kiroro"

kiroro membuat kemunculan pertama pada tahun 1996

Ketika vokalis Chiharu Tamashiro berada di sekolah rendah, dia telah melawat Ikedamachi, Hokkaido dalam satu program pertukaran pelajar.

Bahasa yang digunakan di kawasan tersebut oleh kumpulan etnik Ainu telah memberi kesan yang mendalam kepadanya.

Dalam bahasa Ainu terdapat perkataan "Kiroru" yang bermaksud "jalan yang luas" dan "Kiroro-an", bermaksud "berdaya tahan dan sihat".

Jadi, mereka memutuskan untuk menamakan kumpulan duo ini dengan nama "Kiroro".

Album Nagai Aida

album pertama kiroro nagai aida

Lagu popular "Mirai E" dimuatkan dalam album pertama Kiroro iaitu "Nagai Aida - Kiroro no Mori" yang dilancarkan pada 1 Oktober 1998.

Menurut sumber, lagu Mirai E ini adalah lagu yang didedikasikan oleh Chiharu Tamashiro kepada ibunya yang sedang sakit ketika itu.

Ramai yang mengenali lagu ini malah menghafal, namun tak ramai yang mengetahui maksud yang mendalam di sebalik lirik lagi ini.

kumpulan duo kiroro dari jepun

Maksud Sebenar Mirai E

Ya, ia bukan typo, tajuk sebenar adalah Mirai E, bukannya Miraie atau Mirae.

Mirai membawa maksud "masa depan" dan E pula merujuk kepada arah ke hadapan dalam bahasa Jepun.

Jadi, maksud Mirai E adalah Ke Masa Depan.

Sebutan Bahasa Jepun

Hora ashimoto o mite goran

Kore ga anata no ayumu michi

Hora mae o mite goran

Are ga anata no mirai

-

Haha ga kureta takusan no yasashi sa

Ai o daite ayume to kurikaeshita

Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai

Son'na watashi no te o nigiri issho ni ayunde kita

-

Yume wa itsumo sora takaku arukara

Todokanakute kowai ne dakedo oi tsudzukeru no

Jibun no sutōrī dakarakoso akirametakunai

Fuan ni naru to te o nigiri ssho ni ayunde kita

-

Sono yasashi-sa o tokiniha iyagari

Hanareta haha e sunao ni narezu

Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou

kiroro mirai e

Maksud Dalam Bahasa Melayu

Lihat! Lihatlah pada langkahmu.

Inilah jalan yang akan kamu lalui.

Lihat! Lihatlah ke hadapan.

Inilah masa depanmu.

-

Ibu melimpahkan kebaikan.

Berulang dikatakan ibu, raikan cinta dan teruskan berjalan.

Tidak memahami kerana aku masih keanak-anakan.

Dipegang erat tanganku berjalan seiringan.

Impian kita tinggi melangit.

Menakutkan! Kerna ia tak bisa jadi kenyataan.

Namun kita masih mengejarnya.

Inilah kisah kami, kami yang tidak mengalah.

-

Adakala aku benci kebaikan itu.

Bila terpisah dengan ibu, ketaatan itu hilang.

Lihat! Lihatlah pada langkahmu.

Inilah jalan yang akan kamu lalui.

Lihat! Lihatlah ke hadapan.

Inilah masa depanmu.

Teruskan ke masa hadapan, maju.

Dengan perlahan.


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)