Hadiah Nobel adalah anugerah paling berprestij yang dikurniakan kepada ahli dan mereka yang pakar dalam bidang Kimia, Fizik, Sastera, Fisiologi, Perubatan dan Keamanan.

Ketika Alfred Nobel meninggal dunia di Itali pada tahun 1896, dia tidak mempunyai pewaris dan sebahagian besar kekayaannya diamanahkan untuk diberikan kepada mereka yang mengungguli dalam bidang masing-masing. Menurut Laman web The Nobel Prize, hanya 590 Hadiah Nobel yang dikurniakan sejak tahun 1901.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jelas sekali, ia bukanlah mudah untuk memenangi Hadiah Nobel. Hanya empat orang sahaja yang pernah memenanginya sebanyak dua kali. Ramai yang tercalon tetapi biasanya hanya seorang atau satu pasukan sahaja yang layak menang.

sommerfeld 670

Credit : bbvaopenmind

Ada nama yang dicalonkan lebih daripada sekali Namun, Arnold Johannes Wilhelm Sommerfeld telah menjadi lelaki paling kerap dicalonkan iaitu sebanyak 84 kali tetapi tidak pernah memenanginya. Malah ada antara pelajarnya yang berjaya dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel.

Sommerfeld dilahirkan pada tahun 1868 di Prussia Timur (kini Poland, Lithuania dan Rusia) dan menerima Ph.D. dalam bidang matematik dan sains fizikal dari Universiti Konigsberg pada tahun 1891. 

Dia juga pernah berkhidmat untuk negaranya selama setahun pada 1892 dan kekal sebagai tentera simpanan selama lapan tahun. Pada tahun 1895, dia memperolehi lesen mengajarnya untuk matematik peringkat tinggi.

sommerfeld 2

Credit : thefamouspeople

Bakat Sommerfeld dalam matematik menjadi terkenal dan pada tahun 1897, dia telah dilantik untuk mengetuai jurusan matematik di Bergakademie di Clausthal-Zellerfeld, sebuah bandar di Lower Saxony, Jerman. Selain itu, dia juga menjadi editor ensiklopedia matematik Jerman sehingga tahun 1926.

Sommerfeld kemudian menerima pula jawatan sebagai pengerusi bahagian Mekanikal Gunaan di Königliche Technische Hochschule Aachen di mana dia membentuk teori hidrodinamiknya. Pada tahun 1906, Sommerfeld menjadi pula pengarah Institut Fizik Teori di University of Munich.

Ramai para pelajarnya dari kedua-dua universiti itu menjadi terkenal dalam bidang saintifik. Salah seorang pelajarnya di Königliche, Peter Debye, pernah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1936 dalam bidang Kimia kerana sumbangannya terhadap kajian struktur molekul.

sommerfeld 3

Manakala di University of Munich pula, seorang lagi pelajar Sommerfeld iaitu Werner Heisenberg memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1932 kerana penemuan mekanik kuantum.

Beberapa lagi pelajarnya dari univerisiti sama yang pernah memenangi Hadiah Nobel ialah Wolfgang Pauli dalam bidang Fizik pada 1945 kerana penemuannya dalam "prinsip pengecualian Pauli". Pada tahun 1967 pula, pelajarnya bernama Hans Bethe pula memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik untuk teori nukloesintesis bintang.

Kerana ramai saintis berkaliber menuntut bahawa Sommerfeld pernah menjadi mentor mereka, Albert Einstein juga mengagumi kebolehan dan kehebatan yang ada pada Sommerfeld dengan penemuannya dan bilangan bakat muda yang diasahnya.

sommerfeld 4 922

Seorang ahli matematik terkenal, Morris Kline, juga menyatakan bahawa Sommerfeld adalah seorang guru yang sangat memberi inspirasi dalam bidang barisan relativiti, teori kuantum dan elektromagnetik. Sommerfeld juga merupakan pendidik fizik terhebat pada 30 tahun pertama dalam abad ke-20.

Seorang lagi pemenang Hadiah Nobel iaitu Max Born mendakwa bahawa Sommerfeld berjaya membantu para pelajarnya menyedari apa yang mereka tidak tahu dan memupuk kemahiran serta disiplin yang diperlukan untuk melakukan penyelidikan bermanfaat. Jelas sekali, pelajarnya bukan sahaja terkesan dengan pengetahuan Sommerfeld tetapi juga dengan kemampuannya mengajar.

Apabila perang bermula, ramai ahli saintis hebat telah lari meninggalkan Jerman. Sommerfeld sedih menyaksikan Jerman kehilangan ramai minda cemerlang dan memutuskan untuk tinggal dan terus mengajar.

sommerfeld 5

Malangnya, Adolf Hitler telah melantik orangnya sendiri iaitu Wilhelm Muller untuk menggantikan Sommerfeld sebagai Profesor Fizik Teoretikal. Muller yang merupakan seorang ahli aerodinamik sememangnya tidak layak untuk memegang jawatan itu. Namun, Sommerfeld tetap meneruskan kerjanya dalam teori kuantum.

Menurut Encyclopaedia Britannica, Sommerfeld telah menemui 'peraturan kuantisasi Sommerfeld-Wilson' bersama seorang lagi saintis Inggeris bernama William Wilson. Wilson bekerja dalam bidang elektromagnetisme dan hidrodinamika dan mahir dalam maklumat teori gelombang sinar-X.

Rekod pencalonan Sommerfeld untuk Hadiah Nobel boleh didapati dalam Arkib laman web Hadiah Nobel. Namanya mula dicalonkan pada tahun 1917 sehinggalah pada tahun 1951.

nobel prize 2

Credit : nbcnews

Pada tahun 1951 ketika berusia 82 tahun, Sommerfeld telah dilanggar sebuah trak semasa dia sedang melintas jalan. Kemalangan itu telah menyebabkan dia kehilangan pendengaran pada usia tuanya.

Dua bulan kemudian, pada 26 April 1951, Sommerfeld meninggal dunia. Walaupun dia tidak pernah memenangi Hadiah Nobel setelah 84 kali dicalonkan, ramai yang mengatakan bahawa dia telah memenanginya apabila berjaya mendidik dan memberi inspirasi kepada pemenang Hadiah Nobel yang menjadi pelajarnya.

Rujukan:

1. Open Mind

2. Famous Scientists

3. We Are The Mighty




Hakcipta iluminasi.com (2017)