Oleh pada 05 Apr 2017 kategori

Pada tahun 1931, bangunan Empire State telah dibina. Ianya merupakan bangunan tertinggi di dunia dan merupakan simbol kekuasaan Amerika Syarikat selepas perang dunia ke 2.

Bangunan Empire State yang berketinggian 381m itu telah menjadi bangunan tertinggi di dunia selama 4 dekad. Pada zaman tersebut, tidak ramai menyangka lebih banyak bangunan pencakar langit yang akan dibina pada masa hadapan disebabkan kesukaran membina pencakar langit. Pembinaan bangunan pencakar langit dianggap sebagai sukar dan mempunyai risiko keselamatan yang tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Fazlur Rahman Khan

Fazlur Rahman Khan boleh dianggap sebagai seorang lagenda jurutera pembinaan untuk pembinaan menara pencakar langit. Beliau telah memperkenalkan sistem pembinaan "tiub", Mengikut rekabentuk yang diperkenalkan oleh Khan ini, bangunan pencakar tinggi tidak lagi dibina dengan sokongan besi penyokong pada bahagian tengah bangunan. Sebaliknya, bangunan yang dibina disokong oleh besi sokongan di sekeliling bangunan yang membentuk sebuah "frame".

Antara kelebihan rekabentuk yang diperkenalkan Khan ini adalah ketahanan daripada tiupan angin yang terhad dan bangunan yang dibina juga mempunyai lebih banyak ruang kosong di tengahnya. Sistem rekabentuk yang diperkenalkan Khan ini pertama kalinya digunakan dalam pembinaan bangunan DeWitt-Chestnut di Chicago.

Pada masa tersebut, bangunan tersebut merupakan bangunan kedua tertinggi d dunia selepas menara Empire State.

menara berkembar petronas

Di seluruh dunia, banyak menara pencakar langit yang menggunakan sistem atau rekabentuk yang diperkenalkan oleh Khan. Antaranya adalah Taipei 101, Burj Khalifa dan Menara Berkembar Petronas!

Bagi menghargai jasa beliau, baru-baru ini Google telah memaparkan Doddle sempena menyambutnya hari jadinya yang ke 88.

doddle fazlur rahman khan




Hakcipta iluminasi.com (2017)