Empire State Building merupakan sebuah bangunan ikonik yang terletak di Amerika Syarikat. Ianya merupakan simbol kemegahan bandar New York dan merupakan antara tempat tarikan pelancong yang paling popular di dunia dengan kira-kira 4 juta orang pelancong melawatnya setiap tahun.

Bangunan ini mempunyai geladak (dek/deck) peninjau di tingkat 86 dan 102 yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan keseluruhan bandar New York, New Jersey, Connecticut, Pennsylvania dan Massachusetts. Ianya juga pernah menjadi lokasi penggambaran untuk filem-filem populare Barat seperti "The Amazing Spider-Man" dan "An Affair to Remember".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, kami ingin berkongsi sedikit sebanyak fakta menarik mengenai bangunan ikonik di Amerika Syarikat ini yang tersenarai sebagai salah satu bangunan dalam senarai "National Historic Landmark" di Amerika Syarikat.

1. Dibina untuk menjadi bangunan tertinggi di dunia

empire state building

Pada penghujung tahun 1920-an, ekonomi New York sedang berkembang pesat. Oleh itu, pelbagai syarikat berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Pada ketika itu, bangunan Wall Street’s Bank of Manhattan dan Chrysler Building sedang berlumba-lumba untuk memegang takhta bangunan tertinggi di dunia dengan menambahkan jumlah tingkat pada bangunan tersebut.

Semuanya berakhir pada 1929 apabila pemilik syarikat General Motors dan Gabenor bandar New York mengumumkan pembinaan Empire State Building yang lebih tinggi. Apabila siap pada tahun 1931, ianya menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 1454 meter sebelum takhta tersesebut dirampas oleh World Trade Center pada tahun 1972.

2. Hanya mengambil masa 13 bulan untuk disiapkan

sejarah empire state building

Keseluruhan masa yang diambil untuk menyiapkan bangunan ini daripada fasa rekabentuk, pelan dan pembinaannya hanya mengambil masa 20 bulan. Proses pembinaannya pula hanya mengambil masa 1 tahun 45 hari sahaja, tempoh yang dianggap singkat bagi projek besar seperti ini.

Sebanyak 3400 orang pekerja bekerja setiap hari dimana 4.5 tingkat berjaya disiapkan setiap minggu. Kontraktor yang bertanggungjawab menyiapkannya adalah syarikat Starrett Brothers and Eken. Bangunan ini berjaya disiapkan lebih awal daripada tarikh asalnya dan lebih murah daripada anggaran kos asal pembinaanya. Untuk rekod, seramai 5 orang terkorban sewaktu proses pembinaannya.

3. Pernah menjadi geladak (dek) kapal terbang belon

kapal terbang belon 386

Bagi memastikannya mendapat status bangunan paling tinggi di dunia pada ketika itu, sebuah geladak setinggi 200 kaki telah ditambah ada puncak bangunan ini. geladak ini berfungsi sebagai geladak untuk kapal terbang belon. Beberapa buah kapal terbang belon ini pernah cuba untuk menghampirinya tetapi gagal kerana keadaan angin yang terlalu kuat.

Peristiwa Bencana Hindenburg pada tahun 1936 yang mengorbankan 36 daripada 1936 yang menaiki kapal terbang belon ini menyebabkan kerajaan mengharamkan terus penggunaannya sebagai medium pengangkutan. Tahun berikutnya, geladak pada bahagian atas menara ini telah digantikan dengan antena televisyen.

4. Pernah dilanggar oleh jet pejuang

jet pejuang langgar empire state building 560

Pada pagi 28 Julai 1948, sebuah jet pejuang B-25 telah melanggar bangunan ini pada tingkat ke 78 dan 79. Pesawat tersebut yang dipandu oleh Lt. Col. William F. Smith telah tersasar daripada arah akibat kabus tebal. Beliau berjaya mengelak jet tersebut daripada melanggar beberapa bangunan pencakar langit tetapi tidak berjaya mengawal jet tersebut daripada melanggar bangunan Empire State Building pada kelajuan 322km/j.

14 orang terkorban dilaporkan akibat kemalangan tersebut. 2 tingkat bangunan tersebut mengalami kerosakan tetapi tidak begitu teruk dan kebakaran berjaya dipadamkan hanya dalam tempoh 40minit. Bahagian bangunan tersebut yang tidak rosak pula dibuka hanya 2 hari kemudian.

5. Meniru rekabentuk bangunan lain

ketinggian empire state building

Rekaan Empire State Building tidaklah unik. Malah, arkitek William Lamb daripada syarikat Shreve, Lamb and Harmon yang bertanggungjawab mereka bentuk bangunan tersebut mengambil inspirasi daripada rekabentuk dua bangunan lain - Reynolds Building (North Carolina) dan Carew Tower (Cincinnati).

Bangunan ini mempunyai kapasiti 20,000 orang pekerja dan 15,000 pelawat. Ianya telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia dalam dunia moden oleh American Society of Civil Engineers.


Empire State Building merupakan sebuah bangunan ikonik yang terletak di Amerika Syarikat. Ianya merupakan simbol kemegahan bandar New York dan merupakan antara tempat tarikan pelancong yang paling popular di dunia dengan kira-kira 4 juta orang pelancong melawatnya setiap tahun.

Bangunan ini mempunyai geladak peninjau di tingkat 86 dan 102 yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan keseluruhan bandar New York, New Jersey, Connecticut, Pennsylvania dan Massachusetts. Ianya juga pernah menjadi lokasi penggambaran untuk filem-filem populare Barat seperti "The Amazing Spider-Man" dan "An Affair to Remember".

Kali ini, kami ingin berkongsi sedikit sebanyak fakta menarik mengenai bangunan ikonik di Amerika Syarikat ini yang tersenarai sebagai salah satu bangunan dalam senarai "National Historic Landmark" di Amerika Syarikat.

1. Dibina untuk menjadi bangunan tertinggi di dunia

empire state building

Pada penghujung tahun 1920-an, ekonomi New York sedang berkembang pesat. Oleh itu, pelbagai syarikat berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Pada ketika itu, bangunan Wall Street’s Bank of Manhattan dan Chrysler Building sedang berlumba-lumba untuk memegang takhta bangunan tertinggi di dunia dengan menambahkan jumlah tingkat pada bangunan tersebut.

Semuanya berakhir pada 1929 apabila pemilik syarikat General Motors dan Gabenor bandar New York mengumumkan pembinaan Empire State Building yang lebih tinggi. Apabila siap pada tahun 1931, ianya menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 1454 meter sebelum takhta tersesebut dirampas oleh World Trade Center pada tahun 1972.

2. Hanya mengambil masa 13 bulan untuk disiapkan

sejarah empire state building

Keseluruhan masa yang diambil untuk menyiapkan bangunan ini daripada fasa rekabentuk, pelan dan pembinaannya hanya mengambil masa 20 bulan. Proses pembinaannya pula hanya mengambil masa 1 tahun 45 hari sahaja, tempoh yang dianggap singkat bagi projek besar seperti ini.

Sebanyak 3400 orang pekerja bekerja setiap hari dimana 4.5 tingkat berjaya disiapkan setiap minggu. Kontraktor yang bertanggungjawab menyiapkannya adalah syarikat Starrett Brothers and Eken. Bangunan ini berjaya disiapkan lebih awal daripada tarikh asalnya dan lebih murah daripada anggaran kos asal pembinaanya. Untuk rekod, seramai 5 orang terkorban sewaktu proses pembinaannya.

3. Pernah menjadi geladak kapal terbang belon

kapal terbang belon 386

Bagi memastikannya mendapat status bangunan paling tinggi di dunia pada ketika itu, sebuah geladak setinggi 200 kaki telah ditambah ada puncak bangunan ini. geladak ini berfungsi sebagai geladak untuk kapal terbang belon. Beberapa buah kapal terbang belon ini pernah cuba untuk menghampirinya tetapi gagal kerana keadaan angin yang terlalu kuat.

Peristiwa Bencana Hindenburg pada tahun 1936 yang mengorbankan 36 daripada 1936 yang menaiki kapal terbang belon ini menyebabkan kerajaan mengharamkan terus penggunaannya sebagai medium pengangkutan. Tahun berikutnya, geladak pada bahagian atas menara ini telah digantikan dengan antena televisyen.

4. Pernah dilanggar oleh jet pejuang

jet pejuang langgar empire state building 560

Pada pagi 28 Julai 1948, sebuah jet pejuang B-25 telah melanggar bangunan ini pada tingkat ke 78 dan 79. Pesawat tersebut yang dipandu oleh Lt. Col. William F. Smith telah tersasar daripada arah akibat kabus tebal. Beliau berjaya mengelak jet tersebut daripada melanggar beberapa bangunan pencakar langit tetapi tidak berjaya mengawal jet tersebut daripada melanggar bangunan Empire State Building pada kelajuan 322km/j.

14 orang terkorban dilaporkan akibat kemalangan tersebut. 2 tingkat bangunan tersebut mengalami kerosakan tetapi tidak begitu teruk dan kebakaran berjaya dipadamkan hanya dalam tempoh 40minit. Bahagian bangunan tersebut yang tidak rosak pula dibuka hanya 2 hari kemudian.

5. Meniru rekabentuk bangunan lain

ketinggian empire state building

Rekaan Empire State Building tidaklah unik. Malah, arkitek William Lamb daripada syarikat Shreve, Lamb and Harmon yang bertanggungjawab mereka bentuk bangunan tersebut mengambil inspirasi daripada rekabentuk dua bangunan lain - Reynolds Building (North Carolina) dan Carew Tower (Cincinnati).

Bangunan ini mempunyai kapasiti 20,000 orang pekerja dan 15,000 pelawat. Ianya telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia dalam dunia moden oleh American Society of Civil Engineers.

Kredit:

  1. CNN
  2. History.com
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)