Tidak cukup dengan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Malaysia bakal mempunyai satu lagi bangunan pencakar langit baru, The Exchange 106 yang sedang dibina dalam kawasan Tun Razak Exchange (TRX). The Exchange 106 ini apabila siap kelak bakal merampas takhta KLCC sebagai menara tertinggi di Malaysia pada ketinggian 492 meter, kira-kira 40 meter lebih tinggi daripada KLCC.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selain menara The Exchange 106, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa terdapat sebuah lagi bangunan pencakar langit sedang dalam pembinaan, iaitu M101 Skywheel. Sekiranya KLCC terkenal kerana menaranya yang berkembar, M101 Skywheel juga mempunyai keunikan tersendiri di mana di bahagian atasnya terdapat sebuah Ferris Wheel!

Projek M101

M101 Skywheel adalah 1 daripada 10 projek oleh M101 Holdings Sdn. Bhd. di sekitar Kuala Lumpur. Pada tahun 2016, 2 buah projek telah diumumkan - M101 Bukit Bintang dan M101 Dang Wangi.

Selain 3 projek diatas, 7 projek lain yang akan dilancarkan dan dibangunkan secara berperingkat dapat dilihat daripada gambarajah di bawah":

projek m101

Berikut merupakan lakaran grafik pembezaan visual ketinggian antara KLCC, KL Tower, The Exchange 106 dan M101 Skywheel:

senarai menara tertinggi di dunia

Apabila siap kelak, Ferris Wheel ini akan berada di ketinggian 220 meter dari tanah, menjadikannya Ferris Wheel paling unik dan pertamanya seumpanya di dunia. 

Kontraktor yang bertanggunjawab membina bangunan pencakar langit ini adalah China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd (CRCC), sebuah syarikat dari China sementara rekabentuknya pula oleh Studio F.A Porsche, sebuah syarikat daripada Jerman-Austria.

crcc

Ferris Wheel yang bakal disiapkan kelak juga direkabentuk oleh syarikat sama yang membina London Eye (UK) dan Singapore Flyer (Singapura). Ianya mempunyai ukuran diameter 60m.

 M101 Skywheel

Buat masa ini, bangunan ini masih dalam pembinaan dan ianya dijangka siap pada tahun 2021. M101 meliputi dua bangunan berkembar setinggi 78 tingkat dimana Ferris Wheel ini akan berada di tingkat ke 56. Kos pembinaan bangunan ini dijangka menelan belanja sekitar RM2.2 bilion.

Berikut merupakan beberapa kemudahan yang bakal ditempatkan di menara ini:

  1. Tempat letak kenderaan 12 tingkat
  2. Menara A - 600 unit SOHO untuk pembeli tempatan
  3. Menara B - 300 unit SOHO untuk pembeli luar negara
  4. Hotel setinggi 26 tingkat
  5. 96 unit kediaman mewah

Bagi kemudahan pengangkutan, M101 Skywheel ini bakal dihubungkan oleh stesyen MRT Kg. Baru yang sedang dalam perancangan. Kedudukannya yang strategik ini juga membolehkan pengunjung menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur sambil menaiki Ferris Wheel.

Entah mengapa, pembinaan M101 ini kurang mendapat perhatian daripada orang ramai berbanding pembinaan bangunan The Exchange 106. Hal ini mungkin kerana fokus media massa kini lebih tertumpu The Exchange 106 yang bakal diangkat sebagai ikon terbaru Malaysia, sesuai dengan statusnya sebagai menara paling tinggi di Malaysia apabila siap kelak.

Kredit: 

  1. Property Guru
  2. World of Buzz
  3. The Star
  4. M101



Hakcipta iluminasi.com (2017)