Oleh pada 22 Sep 2017 kategori

Kerana keinginan aneh untuk memiliki perut buncit, seorang lelaki dari London, Albert Pukies sanggup mereka cipta 'perut buncit palsu'.

lelaki cipta perut buncit palsu untuk puaskan keinginan pelik 2

Ia bagaimanapun hanyalah sebuah beg yang digelarkannya sebagai The DadBag.

Ujar Pukies, keinginan untuk mendapatkan perut buncit sebenar tidak dapat ditunaikan kerana bimbang akan risiko masalah kesihatan yang akan dihadapi. 

Sejujurnya saya memang sukakan penampilan berperut buncit tetapi dalam masa yang sama, saya risau jika mendapat pelbagai masalah kesihatan jika berbadan besar. Jadi saya mendapat idea untuk merealisasikan keinginan tersebut dengan mencipta beg ini.
Sumber: Metro UK

Menariknya, beg tersebut mempunyai tempat simpanan yang agak besar dan mampu memuatkan pelbagai jenis alatan seperti dompet, telefon termasuk tin minuman.

Pukies sering mengenakannya ketika berada di tempat awam untuk menikmati dirinya sebagai seorang lelaki berperut buncit di hadapan khayalak.

Dalam pada itu, Pukies berkata, dia tidak merancang untuk memasarkan beg tersebut buat masa ini.

Namun dia bersedia untuk berbincang dengan mana-mana syarikat yang berminat untuk mengadakan kerjasama dan menjual produk itu bagi pihaknya.

lelaki cipta perut buncit palsu untuk puaskan keinginan pelik 3

lelaki cipta perut buncit palsu untuk puaskan keinginan pelik 4

Kredit foto: Metro UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)