Tak kiralah apa yang anda panggil sama ada buncit, gelebeh, love handle, tayar spare atau apa sahaja, lemak di sekeliling perut sebenarnya agak bahaya kepada kesihatan.

Lemak perut berlebihan memberikan anda risiko yang tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit kronik.

Lelaki dengan pinggang yang lebih besar daripada 37 inci dan wanita melebihi 31.5 inci perlu mengambil berat tentang kesan terhadap kesihatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan mengapa lemak berkumpul di bahagian perut, yang mana dapat membantu anda mengambil langkah untuk mengecilkannya.

Bahaya lemak perut

kenapa lemak tumbuh di perut dan membahayakan

Peningkatan lemak perut mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik, penyakit kardiovaskular dan diabetes tahap 2.

Wanita dengan banyak lemak perut lebih cenderung untuk mengalami kanser payudara atau memerlukan pembedahan hempedu.

Jenis-jenis lemak

jenis lemak

Lemak dalam badan terbahagi kepada 3 jenis iaitu lemak subkutan (lemak putih), lemak coklat dan lemak visceral.

Lemak putih atau lemak subkutan adalah lemak paling biasa dalam badan. Ia biasanya terletak pada bahagian pinggang dan peha, tetapi boleh dijumpai di merata tempat.

Lemak ini terletak di bawah kulit, memberikan kelembutan dan bentuk badan. Ia juga mempunyai peranan lain iaitu membakar tenaga dan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai adiponectin.

Jadi, lemak subkutan tidak semestinya berbahaya kepada kesihatan anda.

Lemak perang (brown fat) juga dikenali sebagai "lemak baik" yang bertindak seperti otot, bermakna ia membakar tenaga walaupun anda tidak aktif.

Untuk bertahun lamanya, para pakar beranggapan bahawa jenis lemak ini hanya terdapat pada bayi untuk mengekalkan suhu badan yang suam, dan hilang ketika kanak-kanak.

lokasi lemak perang

Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa orang dewasa masih mempunyai lemak ini dalam badan.

Kajian oleh Universiti Harvard pada tahun 2009 mendedahkan bahawa 7.5% daripada wanita dan 3.1% lelaki dewasa masih mempunyai lemak ini dan mereka biasanya mempunyai metabolisma yang lebih sihat.

Dan lemak yang jahat dikenali sebagai lemak visceral, yang bertoksik. Ia sering dirujuk sebagai lemak perut atau "belly fat". Anda sebenarnya tak nampak lemak ini kerana ia berkumpul di sekeliling organ di dalam rongga perut.

Dengan kata lain, orang yang kurus dan tidak kelihatan boroi juga boleh mempunyai jumlah lemak visceral yang berbahaya. Penyebab lemak berkumpul pada bahagian perut termasuklah:

Hormon dalam badan

hormon testosterone

Bagi lelaki, testosteron mempengaruhi perkembangan lemak perut. Walaupun ketika usia remaja, mereka mempunyai sel lemak visceral, namun paras testosteron yang tinggi sering membuatkannya tidak mampu berkembang.

Apabila semakin berusia dan jumlah hormon testosteron semulajadi semakin berkurangan, sel-sel lemak ini berkembang membuatkan perut menjadi buncit atau berlemak.

Bagi wanita pula, lemak biasanya lebih terkumpul di bahagian pinggang, peha dan punggung untuk menyokong melahirkan serta menyusukan anak.

Namun semakin usia meningkat dan penghasilan hormon estrogen merosot, kkebanyakan lemak tersebut beredar semula ke perut, membentuk lemak visceral.

Pemakanan seharian

perempuan gemuk

Lemak perut boleh terkumpul tak kira usia, terutamanya jika anda mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Terlalu banyak kalori dari apa jenis makanan pun boleh menyebabkan perut anda membesar.

Terlalu banyak tepu lemak yang biasanya terdapat dalam susu penuh lemak dan daging yang berlemak, serta "lemak trans", yang terdapat dalam sesetengah makanan yang diproses, juga boleh menyumbang kepada perkembangan lemak visceral.

Pemakanan yang sarat dengan gula dan biji-bijian halus sering dikaitkan dengan saiz pinggang yang lebih besar.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan Klinikal 2009 mendapat bahawa orang yang meminum minuman ringan (mengandungi pemanis fruktosa) lebih cenderung mempunyai lemak perut visceral.

Butiran halus, seperti roti putih dan pasta, juga boleh menyumbang kepada lemak perut.

Pilihan yang lebih adalah bijirin penuh, seperti beras perang atau barli untuk membantu mengurangkan pertumbuhan lemak visceral anda.

Gaya hidup tidak sihat

gaya hidup tak sihat

Menurut Pusat Perubatan Universiti Rush, kekurangan aktiviti fizikal menggalakkan pembentukan lemak perut. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mencadangkan abda bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dengan intensiti sederhana.

Jika anda ingin manfaat kesihatan yang lebih, tingkatkan tahap senaman yang mana termasuk mengurangkan pengumpulan lemak perut dan risiko penyakit.

Tabiat tidur kurang daripada 5 jam atau lebih daripada 8 jam setiap hari juga dikaitkan dengan lemak perut berlebihan.

Kerap mengalami tekanan sama ada disebabkan pekerjaan atau masalah kewangan, menyebabkan badan anda menghasilkan hormon kortisol yang tinggi.

Hormon ini mempunyai kesan terhadap di mana lemak anda tersimpan dan bagi kebanyakan orang, ia membawa kepada perkembangan lemak visceral.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)