Kredit foto: apeciterarini.blogspot.com
Perut buncit merupakan suatu masalah yang bukan sahaja melanda orang yang berbadan gempal, malah orang kurus juga boleh mengalaminya. Perut yang kempis menjadi impian setiap orang untuk kelihatan cantik tatkala mengenakan sebarang pakaian. Buat si montel, berbadan sedikit berisi tidak menjadi masalah asalkan perut mereka tidak kedepan dan menggelebeh. Bagi yang bertubuh kecil pula, memiliki perut buncit memang ketara dan memalukan sekali sehingga ada yang ingatkan anda sedang mengandung.
BESARKAN TEKS A- A+
Jom ketahui punca berlakunya gejala perut buncit ini mengikut fakta saintifik perubatan.
1. Sistem usus terjejas
Anda selalu mengalami gejala perut kembung dan kempis yang mengakibatkan rasa sakit, sembelit dan cirit-birit? Jangan risau kerana ianya sesuatu yang normal dan dialami semua orang. Sindrom ini melibatkan fungsi dan sistem usus anda terganggu. Keadaan seseorang yang mengalami perut sangat buncit, biasanya pada waktu petang memang tidak selesa dan mencacatkan penampilan si pemakai pakaian mengikut bentuk tubuh.
Justeru, anda dinasihatkan untuk tidak memakan makanan yang berasaskan serat bijian, contohnya seperti roti bijian penuh, oats, muesli, biskut penghadaman, bar bijiran dan bijiran sarapan pagi. Namun, biskut biasa, roti putih biasa dan kek adalah terkecuali. Praktikkan petua ini selama 3 bulan berturut-turut untuk mengempiskan semula perut anda.
2. Simptom kembung perut
Awas, jika anda terlalu kerap kentut melebihi 15 kali sehari, ianya mungkin petanda kepada pemakanan gas secara berlebihan tanpa anda sedari. Ingat, manusia yang normal akan kentut 14 kali sehari. Maka, cuba kurangkan pengambilan makanan karbohidrat yang lambat dihadam seperti kekacang, brokolo, kobis, buah prun, epal dan minuman beralkohol seperti wine yang lazimnya mengandungi gula tidak asli seperti sorbitol.
Bukan sahaja lambat dihadam, semua jenis makanan tersebut juga akan mengeluarkan gas sulfur semasa berada di dalam perut anda. Gas tersebut akan memasuki usus anda sehingga terjadinya perut kembung dan buncit.
Menurut pakar, cara pemakanan yang sewajarnya diamalkan seseorang ialah dengan cara perlahan, kunyah makanan sehingga hancur supaya ianya senang dihadam untuk disalurkan ke bahagian usus.
3. Penyakit seliak
Penyakit seliak atau coeliac disease ini merupakan reaksi tubuh kepada sumber makanan seperti barli, gandum dan rai (gandum hitam). Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi elemen tadi seperti pasta, roti, pai serta beberapa jenis sos dan kuah perasa.
Umumnya, golongan kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko terkena penyakit ini. Tetapi, harus diingat ianya juga berpotensi menyerang golongan dewasa di pertengahan usia. Antara simptom penyakit seliak ialah mudah berasa letih, hilang berat badan tanpa sebab dan sering sakit di bahagian abdomen. Pesakit dinasihatkan berhenti memakan segala makanan dengan kandungan gluten.
Kredit foto: bbcgoodfood.com
4. Kembung perut berkala
Masalah kembung perut berkala boleh berlaku semasa datang bulan atau awal kehamilan. Hormon progesteron yang sedang aktif dan meningkat dalam tubuh dipercayai sebagai faktor penyumbang. Ianya mampu menjadikan seseorang itu moody, tidak selesa, tertekan serta senak yang mengganggu pergerakan harian. Apa yang lebih membimbangkan, ia juga membawa kepada sembelit. Masalah ini boleh diatasi melalui senaman dengan berjalan selama 30 minit sehari. Paling penting, minum air putih dalam kuantiti yang disyorkan, makan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk menghalang sembelit dari berlaku.
5. Kanser ovari
Simptom kanser ovari bukanlah sesuatu yang mudah dikesan, namun perut buncit juga merupakan salah satu daripadanya. Selain itu, penghidap penyakit berbahaya ini juga selalu berasa senak dan sakit pada bahagian abdomen.
Menurut pakar, antara simptom utama seseorang itu menghidapi kanser ovari ialah perubahan pada saiz abdomen iaitu perut serta menghidap kembung perut. Malah, penghidap juga mungkin berasa sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan dan sukar kencing.
Kredit foto: sharecare.com
Bagaimanapun, anda tidak semestinya dijangkiti penyakit di atas namun anda perlu sentiasa berhati-hati dengan sebarang perubahan pada tubuh anda.
Rujukan: mirror.co.uk