Tahun 2020 menyaksikan kita mendapat 1 hari tambahan pada bulan Februari yakni 29 Februari sempena tahun lompat. Bagi yang lahir pada tarikh ini, mereka biasanya akan dijadikan bahan gurauan kerana hanya boleh menyambut hari kelahiran setiap 4 tahun sahaja. 

Tahun lompat mempunyai perkaitan dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari. Disebabkan bumi mengelilingi matahari sekitar 365.25 hari manakala terdapat 365 hari dalam setahun, maka pertambahan 1 hari untuk setiap 4 tahun ini bagi menyelaraskan kalendar dengan putaran bumi mengelilingi matahari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sudah 40 tahun dipasaran

akhbar paling unik 556

La Bougie du Sapeur adalah sebuah akhbar berbahasa Perancis yang sangat unik. Walaupun penerbitannya sudah wujud kira-kira 40 tahun hanya terdapat 11 isu sahaja yang sudah diterbitkan sehingga kini. Mengapakah perkara ini boleh berlaku?

Tidak seperti akhbar lain di pasaran yang diterbitkan secara berkala sama ada secara harian, bulanan ataupun mingguan, akhbar La Bougie du Sapeur ini hanya diterbitkan pada tahun lompat sahaja iaitu pada tarikh 29 Februari sahaja.

Ini bermakna akhbar ini hanya diterbitkan setiap 4 tahun! Pastinya akhbar ini menjadi barangan koleksi yang sangat bernilai kerana ianya sukar didapati dan mempunyai nilai sentimental yang cukup tinggi.

Sejarah penerbitan La Bougie du Sapeur

la bougie du sapeur

Akhbar La Bougie du Sapeur sebenarnya bermula dari satu gurauan antara 2 orang sahabat iaitu Jacques De Buisson, seorang operator dan rakannya Christian Bailly yang merupakan seorang wartawan dan pengumpul akhbar-akhbar lama yang rare.

Akhbar ini telah menerbitkan isu yang pertama pada  tahun 1980 dan tahun 2020 menyaksikan edisi ke 11 diterbitkan. Akhbar satira dengan 20 muka surat ini dipenuhi dengan jenaka, pidato, wawancara, kuiz, dan komen serta kritikan mengenai isu-iu besar yang pernah berlaku 4 tahun yang lalu.

Nama akhbar ini jika diterjemahkan bermaksud "The Sapper's Lantern", merujuk kepada watak kartun yang dicipta pada akhir abad kesembilan belas, Sapper Camember. Dalam cerita itu, Camember dilahirkan pada 29 Februari dan menyertai tentera ketika dia hanya pernah merayakan ulang tahunnya sebanyak empat kali.

Sekali lihat, akhbar ini kelihatan akhbar harian biasa yang memaparkan isu-isu politik, isu semasa, ekonomi dan berita antarabangsa di muka hadapannya. Namun, apabila anda menyelak halaman-halaman bahagian berikutnya, isu-isu yang lebih ringan dimuatkan seperti hiburan dan sukan.

Selain itu, terdapat juga satu seksyan yang bermaksud "Last Minute" yang dianggap ironi memandangkan akhbar ini hanya diterbitkan setiap 4 tahun.

Hanya bertujuan hiburan

29 februari

Intipati utama akhbar ini dengan tempoh penerbitannya yang luar biasa hanyalah sekadar lawak jenaka. Sebagai contoh, mereka segaja meletakkan jawapan bagi kuiz teka silang katanya yang diterbitkan pada tahun 2016 pada edisi berikutnya, yakni pada tahun 2020.

Menurut penerbitnya, ketawa adalah baik untuk kesihatan anda dan oleh itu ia harus dilakukan setiap hari. Penerbitnya berharap pembc akan terhibur dengan kandungan  yang dimuatkan. Secara umumnya, topik-topik yang dimuatkan dalam akhbar ini adalah santai dan sesuai untuk setiap peringkat umur pembaca.

Mempunyai peminat yang setia

koleksi akhbar rare

Edisi awal yang dijual di laman eBay

Mungkin segelintir daripada anda berfikir bahawa akhbar sebegini mungkin tidak mempunyai pembaca dan peminat yang tersendiri. Jangan terkejut kerana untuk edisi  tahun 2020 sahaja, akhbar ini sudah terjual sebanyak 200,000 salinan untuk pasaran seluruh Perancis, Belgium, Luxembourg dan Switzerland.

Jualan yang memberangsangkan ini membolehkan akhbar ini terus bertahan selama lebih 40 tahun. Malah, mereka tidak perlu memaparkan sebarang iklan dalam akhbar untuk terus bertahan dalam pasaran walaupun hanya diterbitkan secara berkala setiap 4 tahun.

Lebih menarik, syarikat penerbitan akhbar ini turut menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualannya kepada "A tire d'aile”. "A tire d'aile" merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan autistic dan epilepsi.

Akhbar La Bougie du Sapeur dijual pada harga 4.80 Euro (sekitar RM23) bagi setiap isu. Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang peminat setia akhbar ini dan tidak mahu ketinggalan isu-isu berikutnya, anda boleh membayar 100 Euros untuk langganan bagi tempoh 1 abad.

Jika dikira, 1 abad bersamaan dengan 100 tahun. Sekiranya anda membayar 100 Euro, anda akan menerima terbitan akhbar ini sebanyak 25 kali. Ini bermaknya, anda dapat jimat 20 Euro berbanding sekiranya anda membayar bagi setiap is secara berasingan.

Persoalannya, adakah anda mampu hidup 100 tahun untuk menikmati kesemua 25 edisi yang telah dibayar itu? Atau ianya sekadar satu bentuk gurauan oleh penerbitnya?

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. NPR



Hakcipta iluminasi.com (2017)